Make your own free website on Tripod.com

Text Box: Disampaikan Oleh	: Us. Wahairi Mahmud
Tarikh			: 4 Ogos 2000
Tempat		: Pusat Islam Awis Qarni, UiTM Cawangan Pahang, Malaysia.
 

 

 

 


Sidang Jumaat, tuan-tuan yang dirahmati sekelian…

H

endaklah kita sedar bahawa syaitan itu adalah musuh Islam yang nyata. Syaitan laknatullah akan menghasut dan menggoda anak-anak Adam agar mengikut mereka menjadi bala-bala tentera mereka dikalangan manusia dan jin yang menyesatkan umat Islam seluruhnya. Syaitan akan menghampiri manusia bila mana mereka sedang nazak agar mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itu, hendaklah kita takut akan dosa-dosa yang pernah kita buat. Kalau-kalau kita melekakan diri dari bertaubat kepada Allah s.w.t.

 

Sidang Jumaat, tuan-tuan yang dirahmati sekelian…

            Saya suka mengambil kesempatan untuk sama-sama kita memperdengar dan berbincang sejauhmana penghayatan kita terhadap ilmu-ilmu Allah s.w.t Samada ilmu itu merupakan ilmu dunia mahupun ilmu akhirat ataupun ilmu itu mempunyai hubung kaitnya dengan dunia dan akhirat. Ilmu merupakan faktor yang membezakan antara seseorang manusia. Seseorang manusia itu digelar alim bilamana ia mempunyai ilmu dan sebaliknya seseorang  itu digelar jahil bilamana ia tidak mempunyai ilmu.

            Dalam hal ini, Allah s.w.t menyoal kita dan memberi penerangan kepada kita bahawa tidak sama orang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu ataupun jahil. Firman Allah s.w.t:-

“adakah sama orang ynag mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui (jahil)”.

            Soalan ini ditujukan dalam bentuk penafian. Ulama bahasa menyatakan “adakah” disini bukan bererti adakah tetapi bermaksud tidak sama iaitu tidak sama orang yang berilmu dengan orang jahil. Kita sebagai umat Islam yang dipuji oleh allah s.w.t sebagai sebaik-baik umat, maka hendaklah kita berlumba-lumba untuk mendapat ilmu Allah s.w.t . Bagi memastikan kejayaan di dunia dan di akhirat, hendaklah ilmu itu berpandukan kepada apa ang ditegaskan dan yang telah diatur oleh Allah s.w.t. Didalam suasana lain Allah s..w.t menggambarkan kedudukan ataupun peranan ilmu itu dalam diri manusia. Firman Allah s.w.t:-

“dengan sebab ilmulah, manusia itu berbahagia, dengan sebab ilmulah manusia itu dikenali ramai, dengan ilmulah manusia diangkat kedarjat dan pangkat yang tinggi dalam masyarakat mereka”

 

Sidang Jumaat, tuan-tuan yang dirahmati sekelian..

            Peluang terbuka untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan di sisi Allah s.w.t sama ada di dunia ataupun di akhirat jelas di dalam ayat tadi. Walaubagaimanapun untuk mendapat kedudukan di sisi Allah s.w.t dan di sisi manusia, kita mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t  menggariskan dua syarat untuk mendapatkan ilmu dan dua syarat unutk menjadikan kita di angkat darjat di sisi Allah s.w.t. Iaitu yang pertama hendaklah ia beriman dengan erti kata memenuhi tiga peringkat iaitu hati, kemudian peringkat lisan dan yang terakhir mengamalkan apa yang diimani.

            Syarat kedua untuk menjadikan kita diterima oleh Allah s.w.t  ialah adab berilmu. Unutk menjadi seorang yang berilmu bukannya perkara yang mudah dan bukan perkara yang remeh. Tetapi untuk memperolehi ilmu, kita hendaklah berjuang dan perlu juga berusaha. Al-Imam asy-Sya’fie pernah berkata:-

“wahai saudaraku sekelian, ilmu itu tidak akan diperolehi setiap manusia kecuali ia memenuhi enam perkara. Iaitu perkara pertama hendaklah bijak, setelah itu hendaklah ia mencari ilmu, keempat pula hendaklah ia berkemampuan untuk mencari ilmu, syarat kelima hendaklah berguru dan syarat yang terakhir adalah memperuntukkan masa yang lama untuk mencari ilmu”.

 

Sidang Jumaat, tuan-tuan sekelian…

            Semua kita akan mengadap Allah s.w.t . Seoarang demi seorang bila mana harta benda tidak lagi memberi faedah kepada mereka. Melainkan orang yang datang menghadap Allah s.w.t dengan hati yang selamat yakni sejahtera. Hati yang sejahtera dari dosa-dosa atau diampunkan dosa-dosanya oleh Allah s.w.t.