Make your own free website on Tripod.com

Text Box: Disampaikan Oleh	: Us. Nik Rusdi Nik Ahmad
Tarikh			: 14 Julai 2000
Tempat		: Pusat Islam Awis Qarni, UiTM Cawangan Pahang, Malaysia.
 

 

 

 


Sidang jumaat yang dirahmati Allah...

M

arilah kita mengisi usia kita dan umur kita agar menjadi hamba Allah s.w.t yang bertakwa dalam posisi atau situasi mana sekalipun kerana sesungguhnya tanggungjawab manusia di dunia amat berat. bukan semata-mata untuk menyengangkan perut dan mengembirakan hati sendiri tapi meletakkan amanah sebagai khalifah di atas muka bumi. Sesungguhnya tanggungjawab itu mestilah mempunyai tugas, tidak ada sebarang pun jawatan di dunia yang di beri oleh sesuatu institut melainkan bersama-sama jawatan itu ialah tanggungjawab atau amanah yang besar yang telah dibebankan ke atas orang yang memegang jawatan tersebut.

            Kita memahami perkara ini dalam bidang-bidang seharian namun kita gagal memahaminya dalam konteks agama sehingga ada orang yang mengetahui jawatannya tetapi dia tidak tahu tanggungjawabnya menyebabkan manusia begini hidup sebagaimana hidupnya tumbuhan-tumbuhan dan haiwan ternakan atau lebih dahsyat lagi mereka hidup sebagai orang yang menderhaka kepada Allah s.w.t. Memikirkan dan meletakkan matlamat hidup kepada keseronakan, kepada keinginan nafsu mereka. Kalaulah demikian kejadiannya manusia mungkin tidak perlu Allah s.w.t letakkan manusia sebagai khalifah. Mungkin lebih baik, langit dan bumi diberi amanah kerana mereka takutkan Allah s.w.t. tetapi semua makhluk lain menolak amanah tersebut kerana bimbang tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut. Tetapi pada waktu itu manusia menerima amanah, lalu manusia dilantik menjadi ketua di atas muka bumi. Maka Allah s.w.t memerintahkan semua makhluk yang lain sama ada tumbuh-tumbuhan, angin, air, udara dan binatang ternakan bahkan matahari, bulan, langit, dan bumi agar berkhidmat kepada manusia kerana manusia merupakan khalifah di atas muka bumi. Lalu orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t yang menyedari seluruh kekuasaan yang tertumpu dibawah tangan Allah s.w.t yang menjadikan tujuh petala langit akan tunduk kepada kekuasaan Allah s.w.t. Lalu menyedari bahawa semuanya yang diciptakan olah Allah s.w.t bukan sia-sia semata-mata melainkan tanda kekuasaan Allahs.w.t

 

Sidang jumaat yang dirahmati Allah...

            Tidakkah sampai kepada kita ungkapan-ungkapan mashyur, Umar al-Khattab tatkala beliau masuk ke kebunnya. Beliau telah memegang beberapa helaian jerami gandum lalu berkata:-

"alangkah baiknya sekiranya daku menjadi seperti jerami gandum ini dan apabila mati nanti tidak ada siapapun bertanyakan daku dan tiada hisab".

            Tatkala mana Umar berjalan-jalan di dalam kebun kuramanya, Umar menyaksikan bagaimana dua ekor burung yang sedang terbang dan kemudian berkicau di atas dahan pokok. Lalu beliau berkata:-

"alangkah bainya kalau ibuku tidak melahirkan daku ke dunia atau menjadi seumpama burung-burung dan tidak takutkan (terlalukan memikirkan) hisab Allah s.w.t"

            Kerana itulah yang dikatakan Allah s.w.t di dalam al-Quran:-

"Jangan hati kamu cenderung kepada kekufuran orang kafir yang derhakakan Allah s.w.t di atas muka bumi, mereka seronok sebentar kemudian mereka akan dilontarkan ke neraka jahanam. Demikianlah seburuk-buruk tempat mereka kembali. Akan tetapi orang bertakwa kepada Tuhan mereka, bagi mereka syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sebagai kurniaan Allah s.w.t kepada mereka"

           

Sidang Jumaat yang di kasihi…

Inilah hasil penat lelah mereka mentaati Allah s.w.t. Oleh kerana itulah, orang yang beriman kepada Allah s.w.t akan diperingatkanNya kepada mereka:-

"Beruntunglah orang yang membersihkan dirinya dan rugilah orang yang mengotorkan dirinya"

Wassalam...