Make your own free website on Tripod.com

Text Box: Disampaikan Oleh	: Us. Fisol Mohd Isa
Tarikh			: 18 Ogos 2000
Tempat		: Pusat Islam Awis Qarni, UiTM Cawangan Pahang, Malaysia.
 

 

 

 


Sidang Jumaat yang dirahmati oleh Allah s.w.t sekalian...

   S

aya berpesan kepada diri saya sendiri supaya marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah .s.w.t melalui ibadah kita dengan cara kita mengikut segala yang segala yang diperintahkan oleh Allah s.w.t tanpa berkurangan dan kita menjauhkan segala apa yang ditegah oleh Allah s.w.t tanpa persoalan.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati oleh Allah...

            Pada hari ini, kita berada pada satu bulan yang disebut sebagai bulan Ogos. Didalam sejara Malaysia, bulan Ogos adalah satu bulan di mana belaku satu peristiwa penting kepada negara ini. Tarikh 31 Ogos adalah tarikh keramat bagi orang melayu dan juga penduduk di Malaysia ini. Pada 31 Ogos 1957, dimana Perdana Menteri yang pertama iaitu Tengku Abdul Rahman melaungkan proklamasifizikal umat ini daripada belenggu penjajah.

 

Sauadara sidang jumaat yang irahmati oleh Allah s.w.t sekian…

            Penjajahan adalah lambang kepada keganasan dan juga lambang kehinaan dan juga kedaifan. Hal ini diakui sendiri oleh Allah s.w.t di depan al-Quran. Allah menyebut kembali dialog yang disebut oleh Puteri Balqis, Allah s.w.t sebagai wahyunya di dalam al-Quran:-

"berkatalah Puteri Balqis sesungguhnya penjajahan itu bila dia memenuhi sesebuah negeri maka dia akan merosakan seluruh sistemnya, harat bendanya dan sebagainya dan mula juga penjajah dan akan menjadi kerana kemuliaan seuatu bangsa menjadi hina". Demikianlah mereka akan lakukan.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati oleh Allah s.w.t sekelian...

            Negara umat Islam diseluruh dunia daripada Barat Sepanyol hingga Asia Tenggara ini. Mengikut catatan sejarah tidak ada satu incipun bumi umat Islam yang tidak dijajah oleh musuh barat ini. Negara yang terakhir yang dikatakan dijajah oleh Barat ialah Algeria, dijajah oleh Perancis pada tahun 1857. Dengan maksud tidak ada satu incipun bumi umat Islam yang tidak dijajah oleh  Barat. Kalaulah kita menimbulkan persoalan kenapa semua negara umta Islam ini dijajah oleh Barat? Siapakah mula yang datang menjajah itu? Siapa? Dan apakah motif sebenarnya penjajahan itu dilakukan?

 

Saudara hadirin, Sidang Jumaat yang dirahmati oleh Allah s.w.t sekelian...

            Kita harus akui bahawa umat Islam pada satu ketika adalah satu kuasa yang besar, kedudukan tamadunnya begitu teguh dan kuat, menjadi musuh tradisi mereka iaitu Yahudi dan Nasrani. Mereka iri hati terhadap perkembangan Islam ini. pertembungan anatara negara Islam dan juga musuhnya Yahudi dan Nasrani bukan baru tetapi seawal kelahiran Nabi Muhammad s.a.w di Makkahtul Mukarramah dan juga Rasulullah s.a.w membantu kerajaan di Madinatul Munawarah perasaan benci, marah semakin bertambah. Umat Islam terus berkembang, kemajuan tamadunnya terus bertambah, melebar sayapnya pengaruh keseluruh dunia Isalm di zaman Saidina Ibnu Khattab sudah mengetahui batasan yang luas. Islam sudah sampai ke Sepanyoi, Islam sudah sampai ke Bosnia, Islam sudah sampai ke Rusia, Islam sudah sampai ke China, dan Islam sudah sampai ke Tanah Melayu. Menjadikan Kristian dan Yahudi betambah iri hati dan kemuncak pertembungan di antara Yahudi, Kristian dan Islam ini apabila meletusnya satu peperangan yang amat dahsyat dan hebat di dalam sejarah dunia ini. Peperangan tersebut dinamakan peperangan Salibiah (Salib) bertempur di antara Umat Islam dan juga Kristian termasuk juga konspirasi Yahudi. Berlaku pada tahun 1097 dan berakhir pada tahun 1292. Kurang 5 tahun unutuk tamat 200 tahun peperangan dahsyat ini, akhirnya peperangan berakhir dengan kemenangan di pihak Islam dan kekalahan di pihak Kristian., mereka kalah di dalam peperangan ini. Lalu pihak Kristian dan musuh Islam telah membuat kesimpulannya sendiri di mana mereka tidak mungkin lagi berdepan dan bertempur dengan umat Islam secara fizikal. Untuk itu mereka harus, ini kesimpulan yang mereka buat,"Kita mesti lemahkan akidah mereka, kita mesti rosakkan akhlak mereka, Semoga nanti mudah untuk kita menjajah kembali dan kita menang di dalam peperangan tersebut. Mesti terus bersatu, langkah mereka terus diatur, akhirnya mereka mencapai kejayaan pertama iaitu pada tahun 1492 (200 tahun selepas itu), mereka sudah menguasai Sepanyol, yang menjadi pengkalan ilmu Qardawa, bekalan ilmu umat Islam. Kemudian umat Islam dijajah di Tanah Melayu, mereka  pada tahun 1514, diikuti Indonesia 1558 dan satu demi satu kerajaan dan negara umat Islam jatuh ke tangan pihak musuh ini yang terakhir dikatakan ialah Algeria pada tahun 1857.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati oleh Allah s.w.t sekelian...

            Marilah kita sama-sama menjadi pedoman dan panduan serta pengajaran buat diri kita agar mencari akan hakikat yang sebenar sepertimana yang telah dipertahkan oleh Allah s.w.t