Make your own free website on Tripod.com

Text Box: Disampaikan Oleh	: Us. Abdul Rahman
Tarikh			: 21 Julai 2000
Tempat		: Pusat Islam Awis Qarni, UiTM Cawangan Pahang, Malaysia.
 

 

 

 


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah...

  B

ertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benarnya, kita ingin kejayaan yang sebenarnya, kejayaan di dalam perkerjaan dan juga kejayaan dalam amal ibadah. Tanpa takwa kepada Allah s.w.t dalam semua perkara di atas, maka berlakulah perkerjaan yang tidak amanah, tiada keberkatan dan tiada keikhlasan.

            Umumnya setiap orang mengetahui bahawa setiap yang baik itu pasti akan mendatang kebaikan. Dan setiap yang buruk itu pasti akan mendatangkan keburukan. Setiap orang tentunya sudah faham dan sedar sepenuhnya akan prinsip ini. sebab setiap orang dapat mempercayai bahawa yang baik itu IsyaAllah akan mendapat kemenangan dan yang buruk itu pula tentunya akan menemui kekalahan dan kehancuran.

Frman Allah s.w.t yang bermaksud:-

"katakan datang yang hak, maka akan hancurlah yang batil kerana sesungguhnya yang batil itu sifatnya ialah hancur"

Surah al-Isra':18

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Memahami prinsip inilah, maka semua orang tidak menyukai kepada setiap perkara yang buruk. Dan inginkan kebenaran dan perkara yang baik. Dengan kata lain, pada umumnya setiap orang mempunyai tujuan yang baik dan hanya barangkali mungkin hanya segelintir sahaja yang bertujuan buruk. Tetapi apa yang jelas kepada kita semua ialah hampir semua orang mempunyai tujuan yang baik dan benar serta berbangga pula dengan idea-idea yang baik.

 

Kaun Muslimin yang  berbahagia,

            Kita seringkali dipertontonkan dengan amalan-amalan  kehidupan masyarakat kita seharian. Namun kadang kala kebaikan yang mereka lakukan hanyalah pada pandangan mereka sahaja tetapi tidak pada Islam. Mereka melaksanakan kemungkaran dan kebatilan yang mereka anggap suatu kebaikan itu sewenang-wenangnya tanpa merujuk langsung kepada agama.

            Kebenaran dan kebaikan yang dipalsukan atau di atas penilaian manusia itu sendiri tanpa merujuk kepada ajaran Islam, maka sebenarnya ianya diwujudkan oleh golongan yang sombong kepada Allah s.w.t. Mereka juga hanya inginkan kekayaaan di dunia semata-mata. Maka bolehlah kita golongkan mereka sebagai golongan pelampau. Seperti firman Allah s.w.t:-

"sebenarnya manusia itu bersifat melampau dan takbur. Kerana melihat dirinya mempunyai harta kekayaan.Sesungguhya kepada Allahlah tempat mereka akan kembali"                                                                                                                                                                      

surah al-'Alaq:6-8

 

            Dalam mengejar kehidupan yang baik ini, kita amat memerlukan taufik dan hidayah daripada Allah s.w.t. Ini kerana hanya taufik dan hidayah Allah sahajalah segala perancangan, harapan dan cita-cita seseorang individu itu akan menempuhi kejayaan dan kebahagian hidup. "al-Isti'adah" atau kebahagian itu adalah inti pati dari kehidupan yang baik yang mana ia merupakan peranan yang dirasai dalam jiwa. Kerana jiwa yang kotor, maka mahligai yang dibina tidak akan bahagia dan tenteram.