Make your own free website on Tripod.com

Text Box: Disampaikan Oleh	: Dato’ Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man
Tarikh			: 21 November 1997
Tempat		: Pusat Islam Awis Qarni, UiTM Cawangan Pahang, Malaysia.
 

 

 

 


Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

S

aya menasihati diri saya dan tuan-tuan semua agar dapat sama-sama kita mempertingkatkan takwa kepada Allah s.w.t . Sesungguhnya pada bulan Rejab yang mulia ini, Allah s.w.t telah menjadikan beberapa peristiwa penting untuk menguji manusia yang beriman sejak zaman Nabi s.a.w. sehinggalah hari kiamat. Sebagaimana yang kita seringkali diceritakan dengan peristiwa yang berlaku keatas Nabi s.a.w di malam 20 Rejab. Peristiwa yang dikenali sebagai Israk Mikraj. Ia sebagai suatu gambaran bagaimana Allah s.w.t berkuasa mencipta segala sesuatu. Allah s.w.t. menyebut dalam Al-quran:

“Maha suci Allah s.w.t. yang menjalankan hambanya muhammad pada waktu malan daripada masjidil Haram, Mekah pergi ke Masjid Ansar untuk menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. Dialah Allah .s.w.t yan maha mendengar dan maha melihat”.

 

            Peristiwa ini berlaku, sesetengah anli fasirin mengatakan pada tahun ke-10 selepas kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w menjadi rasul dimana bilangan umat Islam yang tidak begitu ramai. Diwaktu kemuncak itulah, berlakunya tekanan peribadi, fizikal dan mental ke atas diri Nabi uhammad s.a.w. dan mereka yang menganut Islam lalu disambung pula oleh pemulauan yang lama, menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w tertekan jiwanya. Demikian Allah s.w.t membawa Nabi Muhammad s.a.w untuk keluar dari dunia ini bagi menyaksikan perancangan Allah s.w.t kepada hambanya yang soleh mahupun yang ingkar.

            Di suatu malam yang sunyi sepi, diwaktu Nabi Muhammad s.a.w terasa suatu cahaya yang turun dari atap rumah itu lalu terus ke hatinya tiba-tiba Nabi s.a.w di bawa bangun menuju ke tepi satu perigi yang dikenali sebagai perigi Zam-Zam lalu didatangi kepada baginda Malaikat Jibril dan beberapa pembantunya lalu Nabi s.a.w dibelah dadanya kemudiannya baginda pembersihan fizikal, jiwa, dan pemikiran lalu dimasukkan ke atas baginda kekuatan iman, ilmu dan hikmah. Lalu dibawa kehadapan baginda seekor binatang yang dikenali sebagai ‘buraq’. Nabi s.a.w menunggang ‘buraq’ dan dibawa oleh malaikat Jibril menyaksikan tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t.

            Kemuncak peristiwa ini, Nabi s.a.w dijemput oleh Allah s.w.t untuk menerima ibadah sembahyang. Nabi s.a.w diminta sendiri untuk menerima ibadah ini. Ini kerana ibadah sembahyang merupakan satu tanggungjawab yang berat. Perkara yang paling utama ini yang hingga Allah s.w.t tidak menerima ibadah yang lain sehinggalah sembahyang lengkap dan sempurna. Meskipun seseorang itu merupakan orang yang berpangkat, berpengaruh dan berharta.

Sabda Nabi s.a.w:-

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang sengaja maka jelaslah kekafiran”

 

Sabda Nabi s.a.w lagi:-

“sembahyang adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan sembahyang maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan sembahyang sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya”.

 

            Marilah kita merenungi diri kita adakah kita tidak bimbang kalau kita bangun di padang Mashyar tiba-tiba Allah tidak melihat kita, Allah tidak akan berkata dengan kita dan Allah tidak memberi rahmat kita. Mudah-mudahan peringatan demi peringatan menyebabkan hati yang takut kepada Allah berfikir sampai bila kita hendak melakukan maksiat, sampai bila kita harus begini. Sampai bila….