Make your own free website on Tripod.com

Text Box: Disampaikan Oleh	: Dato’ Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man
Tarikh			: 27 Ogos 1999
Tempat		: Pusat Islam Awis Qarni, UiTM Cawangan Pahang, Malaysia.
 

 

 

 


Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,

S

egeralah kita beramal soleh sebelum datang kepada kita satu fitnah yang pekat sebagaimana malam yang sukar untuk membezakan di antara yang benar dan salah, di antara kesesatan dan kebenaran. Sebagaimana malam iaitu manusia susah untuk membezakan antara suatu objek dihadapanya. Dimana paginya dia beriman kepada Allah Taala, petangnya dia kufur kepada Allah Taala atau petangnya dia beriman kepada Allah manakala pagi esoknya dia kufur. Umar bertanya kepada sahabat:” Apakah yang kamu faham tentang fitnah yang datang seumpama malam yang gelap?” Maka dijawab oleh sahabat :”Ya Umar! Fitnah itu adalah kamu di mana kematian kamu adalah fitnah ke atas umat Islam. Maka berlaku huru hara di antara umat Islam setelah kewafatan Umar Al-Khattab yang mati dibunuh,” Lanjutan peristiwa itu, satu demi satu fitnah yang datang kepada manusia sampailah ke zaman kita, umat Islam yang tidak boleh membezakan yang baik dan buruk, dan antara benar dan yang salah, antara hak dan batil.

Benarlah kebimbangan Nabi terhadap umat di akhir zaman di mana nabi bimbang umat Islam pada masa itu akan berada di dalam kandang yang salah, manakala orang yang menentang Islam akan berada di pihak yang benar. Hari ini kita menyaksikan golongan yang cintakan Islam diletakan sebagai “kambing hitam” dalam masyarakat. Ini menyebabkan wujudnya tanda-tanda kesalahan seolah-olah mereka yang melakukan jenayah kepada umat Islam. Salahkah kalau mereka mendedahkan penyelewangan, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya?

 

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,

            Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sangat bimbang dalam perkara tersebut sabdanya:

“ Akan datang wahai manusia, suatu zaman di mana pemimpin-pemimpin kamu seperti singa yang bertindak bebas sewenang-wenangnya sebagaimana singa bebas dalam belantara, demikian juga menteri-menteri mereka seperti serigala yang sedang menunggu untuk menerkam kepada sesiapa sahaja yang diarahkan, manakala rakyat pula diumpamakan sebagai kambing-kambing yang ketakutan”.

 

            Islam menegakkan tanda-tanda kebaikan kepada umat Islam, yang boleh berfikir dan menilai antara benar dan salah. Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“ Bilamana Allah mahu menjadikan sesuatu kaum dengan kebaikan, Allah akan menjadikan pemimpin-pemimpin mereka, orang yang berlemah lembut dalam urusannya, manakala terdiri daripada Ulama’ yang takutkan kepda Allah s.w.t, manakala harta-harta berada di tangan orang yang pemurah.”

 

Kepada pemuda-pemuda Islam atau umat Islam, marilah kita ambil pengajaran akan kebimbangan nabi ini agar agama, masyarakat, negara berada dalam nilai-nilai ilmiah semoga kita diletakkan di tempat yang selayaknya, bukannya terletak pada telunjuk-telunjuk orang lain dan mestilah takutkan kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya berkata benarlah walaupun ia pahit dan bercakap benarlah walaupun perkara itu menimpa kamu sendiri.

            Marilah kita memohon kepada Allah agar negara kita, umat Islam kita, belia-belia kita dan anak-anak kita selamat. Mereka selamat apabila tunduk kepada suruhan dan perintah Allah s.w.t.. Oleh itu Islam akan selamat.