Make your own free website on Tripod.com

Text Box: Disampaikan Oleh	: Us. Wahairi Mahmud
Tarikh			: 28 Julai 2000
Tempat		: Pusat Islam Awis Qarni, UiTM Cawangan Pahang, Malaysia.
 

 

 

 


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

M

arilah kita di hari yang penuh keberkatan ini berusaha bersungguh-sungguh kemanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t agar mudah-mudahan insyaAllah kita mampu melaksanakan titah perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangannya dengan hidayah daripada Allah s.w.t. Marilah kita menyedari betapa besarnya rahmat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada manusia daripada kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran:-

"dan tidak Aku utuskan kamu wahai Muhammad semata-mata untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam".

 

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad, manusia berada dalam penderitaan dan kezaliman walaupun pada masa itu telah wujud negara-negara yang dikatakan bertamadun seperti Parsi, Rom, India, dan China. Di negara tersebut orang kaya menindas golongan miskin, manakala golongan yang berkuasa memperhambakan rakyat jelata walaupun pada masa itu ada dua agama yang didakwa berasal daripada rasul-rasul iaitu Nasrani, dan Yahudi. Tetapi didalamnya penuh dengan penyelewangan.

Ulama' yang benar-benar yang beramal dengann ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terpaksa mengasingkan diri (ber'uzlah) kerana keadaan masyarakat yang amat rosakpada ketika itu dan hanya menunggu saat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w seperti yag dijanjikan oleh Allah s.w.t melalui kitab-kitab yang terdahulu.

 

Muslimin, tuan-tuan yang dirahmati Allah..

Berita tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w telah diwahyukan oleh Allah s.a.w kepada nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu dan seterusnya diceritakan kepada umatnya. FirmanNya di dalam al-Quran:-

"orang-orang yang kami berikan kepada mereka kitab-kitab mengenai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana mereka mengenali anak-anak merekadan sebahagian daripada mereka menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahuinya".

Nabi Isa a.s sering memberitahu kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang telah disebut dalam al-Quran:-

"dan ketika Isa berkata kepada umatnya, wahai Bani Israel sesungguhnya aku adalah rasul yang diutuskan kepada kamu untuk membenarkan kitab Taurat yang berada di hadapanku dan memberi khabar seorang Rasul yang akan datang selepasku yang bernama Ahmad (Muhammad)..."

 

Muslimin, tuan-tuan sekelian...

Allah s.w.t telah meletakkan persiapan yang begitu baik dan rapi beribu-ribu tahun dahulu untuk melahirkan Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t telah memilih seorang yang bernama khalilullah (kekasih Allah) iaitu Nabi Ibrahim a.s. supaya membuka kota Makkah, sebuah lembah yang kering kontang, tiada tumbuh-tumbuhan dan tidak didiami oleh manusia dan binatang.

Allah s.w.t memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. meletakkan anak dan isteri di Makkah. Dan dari zuriat inilah lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah s.w.t:-

"Dan ketika Nabi Ibrahim berdoa, Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini sebuah negeri yang aman tenteram dan kurniakan kepada penduduk-penduduknya tumbuhan-tumbuhan dan buah-buahan yang melimpah ruah daripada orang yang beriman dikalangan mereka kepada Allah dan hari akhirat."

Allah berfiman:-

"dan kepada sesiapa yang kuffur,maka Aku akan memberi juga kepadanya sedikit di dunia ini, kemudia pada hari akhirat Aku masukkan mereka kedalam azab Neraka da itulah seburuk-buruk tempat kembali kepada manusia".

Dan Nabi Ibrahim a.s. berdoa lagi,

"Wahai Tuahnku, utuskan kepada mereka ayat-ayat Engkau, mengjar kepada mereka kitab dan hikmah dan bersihkan daripada kekotoran syirik dan dosa-dosa sesungguhnya Engkaulah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

 

Muslimin, tuan-tuan yang dirahmati Allah s.w.t...

Itulah persiapan untuk menyambut kelahiran nabi besar Muhammad s.a.w yang apabila Nabi s.a.w memulakan dakwah mengajak manusia kembali menyembah Allah s.w.t. maka orang-orang yang waras akalnya yang telah mengetahui segala-galanya dapat menerima Islam dengan mudah tanpa sebarang termasuklah ulama-ulama Nasrani dan Yahudi yang benar-benar berpegang kepada ajaran rasul-rasulNya a.s.

Mudah-mudahan pertemuan kita pada kali ini mampu untuk membezakan mana yang lurus dan mana yang menyesatkan. Mudah-mudahan ianya menjadi pedoman dan panduan untuk kita mencari hakikat kebanaran yang diperintahkan oleh Allah s.w.t