Make your own free website on Tripod.com

Text Box: Disampaikan Oleh	: Dato’ Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man
Tarikh			: 31 Oktober 1997
Tempat		: Pusat Islam Awis Qarni, UiTM Cawangan Pahang, Malaysia.
 

 

 

 


Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

M

arilah kita bersama-sama mempertingkatkan taqwa kita kepada Allah s.wt. dengan sebenar-benarnya, apatah lagi di waktu ini, dimana terdapat suatu golangan yang menarik kearah kemungkaran dan kemaksiatan kepada Allah s.w.t dan suatu golongan lagi mengajak untuk mentaati Allah s.w.t.

            Sesungguhnya perkara ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t dimana akan berlaku dua pertembungan itu akan sampai ke kemuncak kedua pertembungan itu. Ianya adalah pertembungan kearah kebaikan dan pertembungan kearah kemaksiatan. Kita boleh mendapatinya melalui pemerhatian kepada program-program yang bercorak agama mendapat sambutan masyarakat yang banyak ke sana sini ceremah, kuliah-kuliah, forum-forum terbuka dan demikian juga diadakan majlis yang mengajak manusia kembali kepada Allah s.w.t. Namun pada masa yang sama satu pihak lagi rakus berusaha untuk menarik manusia kearah kemungkaran Allah s.w.t. Lebih banyak program agama dibuat, maka lebih banyak lagilah program maksiat ditaja. Kemuncak pertembungan ini lahirlah badan-badan yang ditaja oleh musuh Islam antarabangsa yang bergerak secara profesional untuk melindungi tujuan dan matlamat program yang mereka adakan.

            Dalam masa yang sama kita menyaksikan muncullah pula ditengah tarikan yang hebat ini beberapa suasana yang tidak menggambarkan suasana yang beriman kepada Allah s.w.t. Contohnya munculnya tiga gadis di Selangor yang yang bertindak menyaman Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) yang ditaja oleh tiga orang tauke Cina sebagai menunjukkan betapa sampailah masanya orang yang mengaku Islam sanggup menyaman pejabat agamnya sendiri. Kalaulah orang bukan Islam bangun menyaman Jabatan Agama Islam mungkin kita tidak berkecil hati atau sedih tapi bila orang yang bernama muslim yang mengucap kalimah syahadah bangun menyaman pejabat agamanya sendiri dimanakah wibawa dan maruah kita umat Islam? Benarlah sabda Nabi s.a.w:-

“segeralah kamu beramal soleh sebelum datang kepada kamu suatu fitnah seumpama gelapnya malam yang payahnya untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk”.

 

            Bila mana berlaku suasana tersebut, tenggelamnya umat Islam dalam kegawatan ini maka Allah s.w.t akan datangkan suatu bala yang besar, fitnah-fitnah yang besar yang  akan melenyapkan golongan yang lemah diantara dua golongan ini.

Firman Allah s.w.t:-

“kalaulah tidak berlaku pertembungan antara orang yang baik dengan orang jahat nescaya akan rosaklah bumi”

 

            Kita fikir dengan menyebabkan pertembungan itu, akan rosak bumi ini. Namun Allah s.w.t  memperingatkan kalau tidak bertembunglah, yang akan merosakkan muka bumi ini. Persoalan sekarang, apakah golongan agama yang menyeru manusia kepada Islam mencapai kemenangan? Ataupun golongan ynag menentang Allah s.w.t yang rakus menganjurkan maksiat kepada Allah s.w.t akan mencapai kemerdekaan? Sesungguhnya menentukan kemenangan ini berada di tangan tuan-tuan sekalian…