Text Box: Tanda-tanda Kiamat
 

 

 


S

etiap hari (saat) ada saja manusia lahir, dan setiap saat pula ada manusia yang mati.  Tetapi angka kelahiran adalah lebih besar daripada angka kematian, sehingga dunia ini makin lama semakin padat.

Bila seseorang itu mati, dalam istilah agama dikatakan datanglah kiamat kepadanya, iaitu kiamat kecil.  Kiamat kecilnya juga termasuklah bencana-bencana, seperti perang, gempa-gempa bumi dan lain-lain kerosakan besar di alam ini.

Beberapa Hadis Sahih menerangkan bahawa perangai manusia semakin lama semakin buruk, sekalipun ilmu pengetahuannya bertambah maju.

Sabda Rasulullah:

"Setiap tahun berkurang kebaikan padanya dan bertambah keburukannya." (Hadis Hasan riwayat Tabrany dari Abu Dardak)

Bila keadaan makin lama semakin buruk, maka sudah tentu akan datang suatu masa dimana keadaan manusia menjadi bertambah buruk.  Di dalam Kitab Miskat al-Masabih diterangkan bahawa ketika itu Allah memerintahkan malaikat-malaikat untuk mengirim manusia-manusia jahat itu semuanya ke dalam Neraka. 

Malaikat bertanya:

"Berapa jumlah mereka itu?"

AIlahmenjawab:

"Sembilan ratus sembilan orang dalam seribu.  "

 

Bila keadaan manusia sudah menjadi begitu buruk, maka tidak ada gunanya mempertahankan kehidupan manusia di dunia ini.  Maka ketika itu akan terjadilah Kiamat Besar. Sudah menjadi sunnah Allah bahawa apa saja kejadian pasti didahului oleh tanda-tanda, baik kejadiankejadian keeil mahupun kejadian besar seperti kiamat.  Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menerangkan tanda-tanda akan terjadinya kiamat, sama ada kiamat kecil ataupun kiamat besar.

Cuba perhatikan keadaan manusia di sekeliling kita, dan keadaan perjalanan putaran dunia ini.  Pembunuhan, perzinaan, anak haram lahir dengan banyaknya, kejahilan agama, peminum arak, perjudian, pelacuran berlaku dengan sewenang-wenangnya, ramai wanita dari lelaki sehingga dapat dibandingkan 50 wanita satu lelaki dan banyak lagi yang telah dan akan ditunjukkan oleh Allah.

Bukti yang paling kuat ialah sejak bangsa Yahudi kembali ke Palestin dan mendirikan negara yang dinamakan Israel atas bantuan sekutunya Amerika semenjak tahun 1931.  Sehingga hari ini keadaan di Timur Tengah terus bergolak.  Kota Baitul Muqaddis sudah dikuasai oleh bangsa Yahudi.  Dan ini sudah jelas menunjukkan ciri-ciri kiamat akan tiba.

Sabda Nabi s.a.w.

"Tidak berdiri saat kiamat sehingga kamu berperang dengan orang Yahudi.  Hingga batu yang berada di sebelahnya berkata: Hai orang muslimin, ini dia orang Yahudi dan bunuhlah dia."

 

Soal kedatangan kiamat tidak perlu di khuatirkan kerana kiamat pasti akan terjadi. Ulama-ulama berpendapat' bahawa alamat kiamat besar ada sepuluh sebagaimana yang telah diterangkan oleh Sheikh Ahmad Annaf nawi dalam kitabnya tentang kiamat.

Pertama turunnya Imam Mahadi.  Menurut hadis yang telah diriwayatkan oleh Atthabrani dari Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa Imam Mahadi adalah keturunan kami.

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Tidak binasa umat manusia, Akulah yang pertama memimpinnya dan Mahadi pertengahannya dan Isa a.s. ibnu Maryam penghabisannya."(Riwayat dari Annasai)

Menurut kata Qurthubi dari Isa Mas'ud dan lain-lain menceritakan bahawa Imam Mahadi diakhir zaman kelak akan turun atau datang di Afrika atau Tunisia.  Dan ada juga berpendapat beliau akan turun di Masjidil Haram.  Wallahuallam.

Di dalam kitab Hilyah menceritakan sifat-sifat Imam Mahadi.  Menurut kitab itu, Imam Mahadi adalah muda orangnya, memakai celak mata, berkening halus, berhidung mencung, hujungnya agak rendah sedikit, beijanggut lebat, bertahi Ialat di pipi kanannnya sebelah atasnya.  Kata Sheikh Quthbul Ghaufs dan Sheikh Muhyiddin AI-Arabi bahawa Imam Mahadi itu adalah keturunan Nabi s.a.w. dari Siti Fatimah r.d.a. puteri Nabi Muhammad s.a.w. Imam Mahadi dikenali dengan gelaran Raja Adil kerana beliau akan bertindak sebagai raja yang adil.

Imam Mahadi adalah merupakan anak kepada Imam Hasan AI-Askari.

Anak Imam Ah Ahuqoo

Anak Imam Muhammad Ahuqoo

Anak Imam Musa Alkasim

Anak Imam Ja'fa Shadiq

Anak Imam Muhammad Albakir

Anak Imam Zainul Abidin

Anak Imam Alhasan r.d.a.

 

Anak Imam Ali bin Abu Talib Imam AI~Asyqowi menceritakan Imam Mahadi akan memerintah selama 20 tahun.  Beliau akan menegakkan kebenaran dan keadilan berdasarkan undang-undang Islam.  Beliau akan berjuang selama 9 atau 10 tahun bersama-sama Nabi Isa a.s.

Diceritakan juga Imam Mahadi akan menetap di dua tempat, pertama di Madinah dan keduanya di Baitul Muqaddis.  Kekuasaannya meliputi seluruh pelusuk dunia.  Benua Eropah dan Asia akan tunduk di bawah kekuasaannya.  Di masa itu tiap-tiap kerajaan Islam didunia telah bersatu di bawah pimpinannya untuk membantu menegakkan syariat Islam.  Sehingga hukum Islam akan terlaksana di seluruh permukaan bumi.  Di masa itu nanti umat manusia seluruh dunia akan merasai dan menikmati suasana aman dan tenteram, yang mana suasana kemakmuran dan keamanan seperti itu belum pernah dirasai oleh umat manusia sebelum ini.

Masa itu nanti akan dikenali sebagai Revolusi Agama Sedunia.  Rumah-rumah tidak perlu dikunci lagi jikalau kita hendak pergi ke mana-mana, kerana di masa itu hati manusia telah bersih.  Kesemua umat manusia telah beriman dan bertauhid kepada Allah.

Cita-cita Imam Mahadi ialah ingin menyatukan timur dan barat di bawah pemerintahan Islam.  Dan inilah janji Allah sebagaimana yang telah diterangkan di dalam AI-Quran untuk memberikan tampuk kuasa pemerintahan kepada umat Islam di dunia ini, sebagaimana Allah berikan kepada umat Islam di zaman dahulu.

Perkara seumpama ini pernah berlaku di zaman pemerintahan raja-raja zaman dulu yang mempunyai cita-cita untuk menyatukan timur dan barat.  Di antara raja yang berjiwa besar tersebut ialah Iskandar Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai Iskandar Yang Agung.  Seperti mana yang tersurat di dalam AI-Quran;

" Mereka akan bertanya kepada engkau Muhammad tentang masalah Zulkarnain.  Katakanlah: Tunggulah aku akan bacakan keterangannya kepada kamu.  Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di muka bumi dan Kaini berikan jalanjalan untuk mencapai cita-citanya maka ditempuhnya jalan-jalan itu

(Surah A 1-Kahfi ayat 83, 84 dan 85)

 

“Kemudian sampailah Iskandar ke sebelah barat ke arah matahari terbenam, dilihatnya matahari seolah-olah terbenam dalam lumpur hitam mendidih. Di dapatinya di situ ada suatu bangsa umat manusia berkata kepada kami.. Hai Zulkarnain terserahlah kepada engkau, apakah engkau akan menyiksa bangsa itu dengan memerangi mereka atau engkau akan membuat perdamaian dengan mereka.  "

(Surah A 1-Kahfi ayat: 86)

 

“Jawab Iskandar: Barang siapa berbuat kezaliman maka kami akan siksa dia kerana mereka tidak mahu beriman.  Kemudian mereka akan kembali kepada Tuhannya di hari kemudian ia akan mendapat siksaan yang pedih.  Dan barang siapa beriman Ialu beramal soleh maka ia akan menerima balasan yang baik dan akan Kami suruh dia melakukan pekedaan yang Kami senangi.  "

(Surah A 1-Kahfi ayat: 8 7 dan 88)

 

Ayat di atas jelas menerangkan tentang perjalanan Iskandar Zulkarnain ke arah barat menuju ke Laut Hitam.  Ia telah menyeru penduduk di sana supaya beriman kepada Allah.  Maka sesiapa yang membantah seruannya nescaya mereka akan diperangi dan disiksa.  Akan tetapi mereka yang menurut dan beriman kepada Allah serta tidak melakukan kejahatan, mereka akan mendapat pembalasan yang baik dan tidak akan dipaksa melakukan kerja-kerja yang berat.  Seterusnya ayat itu menerangkan.

"Kemudian ditempuhnya suatu jalan hingga sampai ke arah matahari terbit atas suatu bangsa yang belum kamijadikan suatu dinding bagi mereka.  Demikianlah sesungguhnya yang ia kepiakan.  "

(Surah A 1-Khafi ayat: 89, 90, 91)

 

“Kemudian Zulkarnain menuiu ke utara hingga sampai ke sebuah negeri yang letaknya berada di antara dua gunung.  Dan di situ didapati suatu bangsa yang mana bahasanya langsung tidak difahami.  "

(Surah A 1-Kahfi ayat: 93)

 

“Mereka berkata: Ya Zulkarnain, sesungguhnya bangsa Yakiui Makjui membuat kerosakan di muka bumi.  Mahukah Tuan kami beri upah agar Tuan membuat suatu tembok halangan bagi

memisahkan kami dari ancaman mereka”

(surah AI-Kahfi ayat: 94)

 

“Kata Zulkarnain: Apa yang Tuhanku berikan kepadaku lebih baik buat diriku.  Oleh itu bantulah aku dengan sungguh-sungguh agar akanku buat satu benteng.  Berikaniah aku kepingan-kepingan logam dan letakkaniah di situ sehingga sama rata dengan dua tepi gunung.  Bakariah kepingan logam itu sehingga cair dan merah seperti cat dan tuangkan kepingan tembaga."

(Surah A 1-Kahfi ayat.. 96)

 

“Lantas bangsa Yakjuj dan Makjuj tidak dapat memanjat dinding itu.  Dan tidak dapat dilubangi oleh mereka”

(Surah A 1-Kahfi ayat.. 9 7)

 

“Kata Allah: Kam i tinggalkan sebahagian keturunan Yakfui dan Maklui bercampur aduk dengan manusia.  Dan ketika ditiup sangkakala di hari kionat lalu kami kumpulkan mereka di padang Masyhar.  "

(Surah A 1-Kahfi ayat.. 99)

 

Melalui keterangan Surah AI-Kahfi tadi, jelas membuktikan yang Iskandar Zulkarnain telah mendapat keredaan dan petunjuk dari Allah s.w.t. Sehingga ia berjaya menjelajah ke negeri-negeri di timur dan barat menyeru umat manusia supaya bersatu, beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Di dalam ayat itu juga diceritakan bagaimana Iskandar Zulkarnain memberi pertolongan kepada suatu bangsa di mana bahasanya langsung tidak difahami oleh beliau.  Di situ Iskandar Zulkarnain telah menolong membina tembok atau benteng kukuh yang diperbuat daripada cairan besi dan tembaga.  Sehingga bangsa Yakjuj dan Makjuj tidak dapat menggangu mereka.

Begitulah usaha Iskandar Zulkarnain menyatukan umat manusia di timur dan barat supaya beriman kepada Allah.  Maka di akhir zaman nanti akan muncullah Imam Mahadi yang akan bertindak seperti Iskandar Zulkarnain. Meskipun matlamat Imam Mahadi adalah untuk menyatukan umat manusia, akan tetapi beliau tidak sesekali menggunakan kekerasan terhadap sesama insan.

Pada peringkat awalnya mereka yang bukan beragama Islam sudah tentu menentang untuk mengislamisasikan seluruh umat manusia.  Ini kerana mereka tidak mengenali apa itu Islam?  Maka sudah tentu mereka akan menentang Islam.

Kebanyakan yang menentang dan berasa berat untuk meninggalkan agama mereka ialah golongan tua.  Ini disebabkan pemikiran mereka yang kuno dan susah untuk diyakinkan.  Bagaimanapun golongan muda yang berpendidikan mudah menerima ajaran Islam.  Malah ada di antaranya mempunyai kesedaran pada diri masing-masing.

Jadi tidak hairanlah kemana saja Imam Mahadi menyeru dan mengembangkan Islam ianya mendapat sambutan yang menggalakkan.  Dan mereka menerima Islam dengan rasa insaf dan bersyukur.  Namun setiap yang baik pasti mendapat tentangan terutama sekali dali golongan-golongan atheis (tidak mempereayai Tuhan).

Tetapi Imam Mahadi tidak gentar berhadapan dengan tentangan golongan itu, ini kerana pada masa itu umat Islam telah bersatu hati, tolong-menolong di antara satu dengan yang lain demi menegakkan kebenaran dan keadilan menurut ajaran Islam.  Masa itu nanti dapatlah dikatakan kebangkitan semula umat Islam yang merupakan suatu revolusi dunia bagi menegakkan syariat Nabi Muhammad s.a.w.

 

 

 

 (petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)