Text Box: Manusia Kembali Kufur
 

 

 


S

etelah Kaabah, Masjidil Haram serta Haj Aswad serta di tambah pula dengan wafatnya Nab a.s maka keadaan umat muslimin menjadi huru-hara kerana telah tiada pimpinan.  Ramailah yang menjadi murtad.  Yang teguh iman dan kepercayaan ke Allah terus mengabdikan diri kepada Allah kerana mereka tahu dunia telah hampir kepada kemusnahan. Yang lemah imannya terus membawa fahaman masing-masing.

Maksiat serta perbuatan cabul berlaku de sewenang-wenangnya tanpa ada batasan.  Kalau dulu Imam Mahdi melarang perbuatan mungkar serta maksiat, tetapi kini diwujudkan kembali.  Judi diadakan semula, zina secara terang-terang.  Kalau dahulu laki dan wanita tidak dibenarkan bergaul, tetapi kini mereka seperti ayam dalam satu reban.  Akhlak manusia masa itu tak ubah seperti haiwan.  Laki-laki perempuan tidak dapat mengawal nafsu berahi mereka. Tanpa malu-malu mereka melakukan perbuatan apabila mereka merasa berkeinginan.  Secara kasar anggota tubuh mereka adalah manusia, tetapi mereka adalah haiwan.

Masjid-masjid yang dihiasi indah, sepi tanp[a penghuni mengerjakan ibadat, manusia sudah tidak mengenali apa dia sembahyang.  Sebagai pengganti, mereka berkunjung ke , pusat-pusat hiburan, melepaskan nafsu serta untuk melakukan perbuatan mungkar.

 

 

 

(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)