Text Box: Terjadi Malam dan Siang Yang Panjang
 

 

 


S

edang umat manusia sedang leka dengan hiburan dikancah maksiat.  Tanpa mereka sedari berlakulah peristiwa yang belum pernah mereka saksikan sebelum ini.  Mahu pun umat dahulu kala.  Ini terjadi adalah atas kekuasaan Allah s.w.t. kerana "Sesungguhnya Allah, atas tiap-tiap sesuatu Maha Kuasa."

la telah menrencanakan akan mengkiamatkan dunia, apa yang telah ia terangkan kepada Rasul dan Nabinya.

Maka dengan kehendaknya terjadilah siang yang panjang, manakala sebelah dunia yang lain terjadi pula malam yang panjang.  Apabila tersedar peristiwa itu berlaku mereka bertambah hairan.  Kerana ramai di antara mereka yang jahil.  Mereka tidak tahu yang itu merupakan satu tanda yang dunia akan kiamat.  Bagi mereka yang beriman kepada Allah mereka mengetahui akan hal itu.  Lalu mereka bertaubat sebanyak-banyaknya.

Kehairanan mencengkam setiap emosi umat manusia ketika itu.  Sehingga ahli-ahli kaji bintang dan kaji bumi berasa takjub dan terkejut.  Kerana dengan tiba-tiba saja bumi berhenti dari putaran paksinya.  Seolah-olah kereta kehabisan minyak.

Mereka benar-benar terkejut dan pelik dengan kejadian itu.  Masing-masing tercenggang sambil mendongakkan muka ke langit, dengan hati penuh seribu satu persoalan.

Begitu juga manusia dibahagian dunia yang lain Selama hidup, mereka berjaya mengenali dan mengkajl peninggalan manusia dulu kala yang berusia berjuta-juta tahun.  Tapi bila terjadi malam dan siang yang panjang fikiran mereka menjadi sempit.

Jawapan yang jelas, mereka tidak mengetahui mengapa terjadinya peristiwa ajaib itu.  Di hati masing-masing teringatkan mereka akan mati.  Mereka tidak dapat berfikir lebih jauh, kenapa mereka (manusia) harus mati?  Semua tidak terjawab oleh akal fikiran manusia.

Walaupun begitu di hati kalangan orang-oran mukmin ketika itu perkara ini tidaklah di ketahui dan di sedari oleh semua umat mukmin.  Hal ini cuma d sedari oleh orang-orang yang bangun untuk mengerjakan sembahyang fardhu subuh.  Kebiasaannya selepas selesai sembahyang subuh mereka akan berzikir sehingga terbit matahari.  Tapi hari itu merupakan hari lain dari yang selalunya.  Waktu itu sepatutnya matahari telah memancarkan cahayanya di ufuk Timur. Tapi alangkah terkejutnya mereka meskipun mereka menanti tapi hari tetap seperti tengah malam.

Keresahan timbul di kalangan umat waktu itu masing-masing menanti dengan penuh sabar akan perkembangan selanjutnya.  Di mana pun jam menunjukkan waktu yang sama, namun keadaan masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.  Tetap gelap, Ialu berkatalah hati orang beriman.  Inilah rupanya detik-detik akan tibanya kiamat.  Dunia akan berubah corak dunia akan di tinggalkan, maka yang menanti alam lain yang di namakan AKHIRAT.

Yang bertaqwa bertaubat awal-awal lagi, tetapi kini Pintu taubat telah tertutup.  Maka berhimpunlah lelaki dan perempuan di masjid bermaaf-maafan.  Lalu mereka pun mohon keampunan moga-moga taubat mereka di terima dan diampunkan segala dosa-dosa Sambil berlinangkan air mata, mereka mohon rahmat dan keampunan dari Allah, agar dimatikan mereka dalam HUSNUL KHOTIMAH. 

Begitulah yang telah diriwayatkan di dalam kitab akan keadaan umat manusia ketika menghadapi saat-saat tibanya kiamat nanti Betapa jelas peristiwa kiamat yang telah di terangkan di dalam Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Daud.  Zabur kepada Nabi Musa, Injil kepada Nabi Isa dan AI-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi berita kiamat bukanlah berita baru.  Ianya telah wujud sejak zaman Nabi Adam lagi.  Begitu juga setelah.

Nabi-Nabi wafat disampaikan pula berita kiamat itu kepada para Ulamak sehingga hari ini.

Menurut kitab "Kashful" lagi, bagaimana tingkah laku orang-orang jahil dalam agama menghadapi saat-saat kejadian ajaib itu. 

Dalam pada masa orang-orang beriman bertahlil, berdoa serta mohon keampunan dari Allah.  Tinggallah manusia sesat itu di dalam keadaan gembira.  Sangka mereka malam masih muda, darah masih bergelora.  Lantas mereka memuaskan nafsu mereka dengan berbagai-bagai perkara mungkar.  Sedangkan pintu taubat telah tutup.

Sebilangannya pula bagi mereka-mereka yang tidak pernah sembahyang subuh, dilihatnya hari masih gelap, kerana mereka menyangka hari masih malam.  Lalu menarik selimutnya kembali menyambung tidur yang tergendala tadi.  Tak lama kemudian terjaga lagi, hairanlah mereka kerana sepatutnya waktu itu matahari telah memancar dengan teriknya.

Terdengarlah oleh mereka (orangjahil), sayup-sayup kedengaran suara orang bertahlil, berzikir dan membaca Quran beramai-ramai.  Kecil, besar, tua dan muda.  Berkatalah hati mereka, apakah yang terjadi, kerana selama ini tidak pernah terjadi perkara aneh seumpama ini.  Tidak dapatlah di bayangkan bagaimana perasaan umat muslimin ketika itu.  Bagaimana nanti akan terjadi suatu kejutan dan keanehan pada zaman itu. 'Wallahuallam'

Bagi mereka yang sedar dan insaf yang kiamat telah tiba, mereka bertaubat dengan bersungguh-sungguh.  Akhirnya mereka yang jahil itu tahu akan tujuan orang ramai berzikir di masjid.  Maka gementarlah anggota mereka.  Timbullah rasa gerun di hati masing-masing.  Teringatlah segala dosa yang telah dilakukan.  Timbullah segala penyesalan yang tak terhingga.  Lantas pergilah mereka yang jahil ini ke masjid bersama-sama bertaubat dengan orang mukmin yang lainnya. Itulah hikmat Tuhan menjadi malam yang begitu panjang, memberi kesempatan yang cuma tinggal sedikit lagi untuk bertaubat.  Sebab esok segala taubat tidak akan terima lagi tak kala terbitnya matahari.  Kerana matahari tidak lagi terbit dari ufuk timur, sebaliknya terbit dari barat. 

Sabda Nabi Muhammad S.a.w.:

"Tidak berlaku hari kiamat, hingga terbit matahari dari sebelah barat." Maka apabila perkara itu di lihat oleh manusia, Ialu mereka mahu beriman.  Tetapi iman mereka dimasa itu tiada berguna lagi, kecuali ia beriman dahulu sebelum itu."

 

 

 

 (petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)