F |
irman
Allah dalam surah An-Naml ayat 82:-
“Apabila telah kami
putuskan suatu siksaan atau mereka itu, kami turunkan Daabatul-Ardi binatang
merangkak dari bumi dan berbicara mengatakan bahawa manusia itu tidak yakin
tanda-tanda kebesaran kami. Demikianlah Tuhan menerangkan tentang Daabat Ardi,
dikatakan juga bahawa panjang tubuh binatang itu ialah 60 hasta, ertinya tubuh
binatang itu tinggi besar siapa melihat pasti ketakutan. Di antara keajaibann ialah ia dapat berkata
seperti manusia. Kerana di masa itu
manusia masih lagi tidak mahu beriman dengan Allah s.w.t., sedangkan dunia akan
kiamat.
Tegasnya keluarnya Daabatul-Ardi adalah sebagai tanda
kiamat Makhluk ini luar biasa besarnya dan amat menakjudkan, di mana dia
mempunyai dua sayap, empat kaki bentuk badannya seperti himar, bentuk kepalanya
seperti kepala sapi dengan dua tanduk dikepala, matanya seperti mata babi,
telinga seperti telinga unta bulunya halus seperti bulu harimau, belangnya
seperti jalur harimau, sayapnya seperti sayap kelawar manakala ekornya seperti
ekor kibas. Umumnya Daabatul-Ardi
adalah suatu binatang ajaib yang belum pernah Tuhan jadikan pada masa
dahulu. Ia juga dapat berjalan dan
berdiri seperti manusia. la memegang sebatang tongkat dan sebentuk cincin,
setengah ulama berpendapat bahawa tongkat itu ialah tongkat Nabi Musa a.s. dan
cincin itu pula adalah cincin Nabi Sulaiman a.s.
Menjelang kiamat nanti makhluk ini akan keluar pada
malam jumaat. Malam itu dia mula
berkeliaran. Pada mulanya orang tidak
percaya masakan ada makhluk seperti itu wujud.
Setelah siang hari barulah jelas yang makhluk itu kelihatan besar bukan
kepalang dapat berlari dan dapat terbang mengejar mangsanya. Orang-orang dikala
itu tidak berani keluar rumah takut dibinasakan.
Setiap manusia yang dia nampak ditangkapnya dan
dipegang seperti memegang anak patung, tapi bukan untuk memakan manusia tersebut
tetapi ia berbicara dengan manusia "Mengapakah kamu insan tidak mahu
beriman dan yakin kepada Allah, padahal tanda-tanda kekuasaan Allah telah nyata
dan terbukti di hadapan mata. Aku
datang bukan untuk memakan daging manusia. Atas nama Tuhan memberikan padaku kekuasaan
untuk membezakan siapa mu'min pada hari ini dan siapa kafir. Kamu semua tidak perlu takut padaku, kata
Daabatul-Ardi.
Diceritakan juga bila seseorang itu ditangkap digosok
mukanya dengan cincin Nabi Sulaiman itu.
Jika ia Muslim yang soleh maka dengan kudrat Allah akan memancarlah
cahaya yang bersinar-sinar dari mukanya. Akan
tetapi bagi orang kafir serta orang yang engkar kepada Allah atau munafik, lalu
ditangkapnya jika dilihatnya tidak ada tanda iman padanya, lalu diketuknya kepala
orang itu leburlah dia seketika itu juga warna muka orang itu akan berubah
menjadi hitam legam dan buruk kelihatannya.
Makhluk Daabatul-Ardi ini mengembara di muka bumi di
dalam menjalankan tugasnya selama lebih kurang sebulan sepuluh hari. Begitulah serba ringkas kisah Daabatul-Ardi iaitu
sejenis makhluk yang akan keluar apabila menjelang tanda kiamat besar
nanti. Setelah datangnya DaabatulArdi
manusia menjadi'panik. Di mana-mana
saja orang membicarakan tentang Daabatul-Ardi.
Tiba-tiba seluruh penduduk dunia menjadi terperanjat, hati mercka
menjadi kecut disana sini bumi mula bergegar dan bergoncang perlahan-lahan
diiringi dengan suara gemuruh bergegar-gegar, dari kecil-kecilan schingga
makin-lama makin terasa bumi ini bergegar akibat
letusan gunung sehinggakan bumi ini bergoyang.
Firman
Allah:-
“Apabila
matahari digulung cahayanya, bintang-bintang jatuh bertaburan ke bumi,
gunung-gunung bergerak-gerak, unta-unta bunting ditinggalkan. Binatang-binatang berkumpul, laut menganas. Bila roh disatukan,anak-anak perempuan yang
di kubur hidup-hidup di soal. Apakah
dosa mereka hingga mereka di bunuh (di zaman jahiliah). Apabila buku-buku kebajikan diedarkan,
langit dicabul (Bintang-bintang dan planet tidak di tempatnya). Neraka mula di nyalakan, Syurga mula
dibukakan. Setiap orang akan mengetahui apakah amalan yang telah mereka
kerjakan. Aku (Allah) bersumpah menarik
perhatianmu kepada bintang-bintang yang kelihatan kembali, dan beredar serta
berlindung. Demi malam bila telah
hampir tamat dan subuh mulai kelihatan.
Sesungguhnya semua itu adalah berkataan Rasul yang mulia. Yang mempunyai
kekuatan di sisi Arasy yang tinggi darjatnya.
Yang dihormat dan dipercayai.
"
(surah AI-Takwir.- Ayat 1-21)
Surah ini menerangkan betapa hebatnya peristiwa kiamat. Cubalah
kita bayangkan apabila matahari tidak bersinar, bintang-bintang bergururan
jatuh ke bumi. Gunung-gunung yang pejal
dari batu-batan hancur bagaikan debu. Oleh kerana
goncangan bumi begitu kuat, manusia tidak dapat duduk diam, isi perut bagai
dikocak, rumah-rumah, bangunan-bangunan tinggi runtuh timpa menimpa mencium
bumi. Ramai manusia yang terkorban
sawah-ladang dipenuhi lahar dan lumpur panas yang dipenuhi lahar dan lumpur
panas yang dimuntahi oleh gunung berapi.
Suara letusan gunung memekakkan telinga, binatang-binatang serta manusia
mati bergelimpangan. Hutan-hutan musnah
terbakar.
Pada masa itu, orang akan melupakan anak yang sedang
di susuinya. Manakala orang yang hamil
akan gugurlah kandungannya pada masa itu juga, keadaan manusia pada masa itu seperti orang mabuk kerana
goncangan bumi yang begitu kuat. Air
laut menyimbah ke darat mengaramkan kota-kota itu hancur berkecai. Dunia seolah-olah sedang mengamuk kepada manusia
kerana dosa-dosa mereka. Sana-sini
kedengaran suara jeritan niinta pertolongan dan suara merintih. Laki-laki dan wanita berlari-lari seperti orang gfla
kerana ketakutan.
Berhari-hari penduduk dunia berada dalam suasana azab
bencana akan kiamat. Siang dan malam
bumi bergoyang terus-menerus, sehingga tiada satupun bangunan berdiri tegak
melainkan semuanya hancur.
Gunung-gunung terus memuntahkan batu-batu api yang menyala-nyala. Di masa itu tidak ada lagi perasaan gembira. Di kala itu manusia menjadi lebih hairan kerana
matahari yang bersinar terang-benderang dan panas tiba-tiba menjadi
gelap-gelita. Ketika manusia dalam
kebingunggan, kehairanan dan ketakutan yang tak habishabis, tiba-tiba
bintang-bintang yang beribu-ribu jumlahnya di angkasa jatuh ke bumi menimpa apa
saja yang berada di bumi.
Sana-sini terdengar ledakan-ledakan hebat yang
mengegarkan. Pada masa itu panas
permukaan bumi sungguh luar biasa, hinggakan air laut menjadi kering. Dalam pada itu datang pula angin kencang
bertiup entah dari mana, angin itu menerbangkan apa saja yang terdapat di
bumi. Kemudian pada saat genting itu
malaikat Israfil meniup sangkakalanya.
Apabila
dunia telah hancur sama sekali oleh tiupan sangkakala maka wajah dunia bertukar
rupa, di mana seluruh muka bumi menjadi rata dan lapang.
Firman
Allah;
“Di hari itu
diganti bumi dengan bumi lain dan langit diganti dengan langit lain. Mereka
umat manusia akan dipanggil menghadap ke hadrat Tuhan. "
(Surah Ibrahim ayat.. 48)
Setelah bumi berganti rupa maka seluruh muka burni
tidak ada lagi kerajaan manusia, di mana kesemuanya telah musnah menjadi
tanah. Muka bumi menjadi sunyi sepi
seperti mati.
Sesudah dunia berganti rupa menjadi datar, luas dan
rata maka itulah dia "padang masyhar". Muka bumi putih keabu-abuan kemudian turunlah hujan membasahi
bumi, airnya kental seperti air mani.
Kemudian air itu meresap ke dalam bumi di mana air itu akan menumbuhkan
tubuh-tubuh manusia yang telah hancur menjadi tanah dan akan menjadikan
tubuh-tubuh yang baru.
Kemudian Allah menyeru kepada Malaikat Izrail supaya
mencabut nyawa iblis yang durjana. Di
masa itu Tuhan telah memberikan kekuatan yang amat luar biasa kepada Malaikat
lzrail untuk menghadapi iblis supaya dia merasai bertapa peritnya sakratul maut
yang dialami oleh manusia serta jin.
Allah juga menyeru kepada Malaikat Malik penjaga Neraka membawa rantai
dari neraka untuk mengikat iblis. Lalu
Malaikat lzrail dan Malik membawa rantai tersebut mencari iblis. Setelah bertemu iblis dipukul dengan
sekuat-kuatnya, iblis meraung-raung menahan kesakitan. Oleh kerana pukulan kedua-dua Malaikat itu terlalu kuat,
maka iblis terus pengsan.
Setelah pulih dari pengsannya, Malaikat Izrail pun
berkata kepada Iblis "Hai laknat, hari ini kamu tidak dapat melarikan diri
dari aku. Aku diperintahkan untuk
mencabut nyawamu, kini tibalah saat kematianmu. Aku akan kenakan padamu sejumlah sekarat daripada manusia dan jin
yang telah engkau perdayakan. Telah
berjuta tahun umur mu di dunia. Tidak
sedikit umat manusia serta jin engkau jerumuskan ke lembah dosa. Engkau pujuk dan rayu mereka, supaya mereka
menderhaka terhadap Allah. Kini
terimalah azab sekarat yang p edih sesuai dengan perbuatanmu.
Mendengarkan kata-kata Malaikat lzrail itu, serta
dilihatnya Malaikat Malik berada di sisinya sambil memegang rantai besi, dengan pantas iblis melompat
dan lari dengan sekuat-kuatnya. Pada pendapatnya (iblis) tentu kedua-dua Malaikat tersebut tidak
akan berjaya menjejakinya.
Iblis terlari dengan lajunya menuju kearah Timur, tiba-tiba muncul
Malaikat lzrail dihadapannya. Kemudian
lari pula ia kearah Barat, tiba-tiba muncul lagi Malaikat lzrail. Begitu juga iblis tetap tidak mahu menyerah
kalah. Sehingga ia berlari ke Utara dan
ke Selatan hujung dunia akan tetapi Malaikat lzrail dan Malik telah terpacak
berdiri dihadapannya.
Maka berkatalah Malaikat lzrail kepada iblis:
"Hai iblis durjana, sekarang larilah lagi dengan sekuat-kuat
tenagamu. Habiskan kekuatanmu
semuanya. Larilah kemana yang kamu
suka. Namun itu semua adalah perbuatan
kamu yang sia-sia. Kamu tidak akan
dapat lari dari aku. Walaupun kamu lari
ke langit yang ke tujuh sekalipun. Kini
hanya tinggal beberapa saat saja lagi untuk kamu hidup."
Lalu iblis pun merayu kepada Malaikat lzrail "Ya
lzrail berilah aku peluang untuk pergi ke kubur Adam. Diriwayatkan setelah iblis bertemu dengan kubur Nabi Adam, lalu
merataplah iblis dikubur itu. Kata
iblis, "Hai Adam, kerana kamulah aku jadi derhaka kepada Tuhan dan sebab
kamulah aku jadi terkutuk."
Sejurus kemudian iblis berkata: "Ya lzrail
dengan cara apakah engkau akan mencabut nyawa aku". Kata lzrail: "Telah aku katakan, engkau
akan merasakan sekarang maut yang luar biasa." Mendengarkan akan kata-kata
Malaikat lzrail itu. Maka menyerahlah
iblis, kerana kini ia telah sedar yang ia tidak akan dapat lari kemana-mana
lagi. Malaikat Malik pun mengikat iblis
dengan rantai yang di bawanya dari Neraka.
Ikatan yang begitu kuat, tangan dan kakinya di belenggu dengan
rantai-rantai yang teguh.
Malaikat
lzrail berkata: "Tahanlah oleh mu akan Sakratul ini
ya iblis." Lalu Malaikat Izrail pun mencabut nyawa iblis dengan kerasnya,
sehingga kelihatan rantai pengikat badan iblis itu bagaikan nak putus. Terdengarlah pekikan yang ngeri ketika nyawa
iblis dicabut, itulah sakratul maut yang paling dasyat di dalam sejarah kehidupan makhluk di muka bumi ini.
Seketika kemudian tamatlah riwayat iblis yang selama ini bermaharajalela
menghasut umat manusia supaya melakukan perbuatanperbuatan mungkar.
(petikan dari buku: Peringatan
Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt.
Nurulhas,1993)