Text Box: Sejarah Ringkas Iblis
 

 

 


I

blis adalah merupakan makhluk yang sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia supaya berbuat dosa. la juga menggoda manusia supaya menjadi kufur dan kafir terhadap Allah s.w.t. Dengan berbuat begitu maka tidak ramailah umat manusia yang akan masuk ke Syurga, sebaliknya akan menjadi temannya di dalam Neraka.

Sebelum datangnya kiamat, dan sebelum tertutupnya pintu taubat kesempatan bagi iblis untuk bertaubat adalah terbuka.  Sekiranya ia bertaubat nescaya Allah akan mengampuninya.  Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  Tetapi kerana egonya lantaran tidak dilantik menjadi Kalifah dunia serta enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. ia sanggup menderhaka kepada Allah sehingga ia dicap sebagai makhluk yang terlaknat.

Diriwayatkan, takkala iblis datang kepada Nabi Musa a.s. menceritakan.  Kata iblis: Apabila engkau berdoa kepada Tuhanmu, maka kau pohonlah syafaat untukku dari Allah, dan mohonlah apakah pintu taubat masih terbuka untuk ku?  Andainya kalau aku ingin bertaubat? Maka apabila Nabi Musa memunajatkan doanya kepada Allah, Ialu Nabi Musa pun merayu kepada Allah secara berkata:

"Ya Tuhanku, adakah kau akan menerima taubat iblis sekiranya ia ingin bertaubat?

 

Lalu Allah menjawab:

"Aku lebih mengetahui bahawa iblis tidak akan bertaubat tetapi aku adalah penerima taubat dan Maha penyayang.  Sekiranya dia ingin bertaubat, pasti dia akan sujud kepada Adam, kalau sekiranya ia mahu sujud di kubur Adam, nescaya akan aku terima taubatnya."

 

Setelah selesai Nabi Musa dari memunajatkan doanya kepada Allah.  Datanglah iblis bertanya Nabi Musa:

"Ya Musa, apakah yang telah engkau lakukan akan hasratku itu."

 

Lantas Nabi Musa menjawab:

"Perihal taubat mu, adalah bergantung kepada sujudmu kepada Adam, walaupun kau sujud di makamnya, nescaya Allah akan menerima taubatmu".

 

Iblis pun menjawab dengan nada yang agak sombong:

"Ya Musa, sedangkan semasa hidupnya tidakku sujud kepadanya, inikan pula sujud dikuburnya."

 

Begitulah sifat iblis meskipun pada zahirnya ingin bertaubat tetapi batin tetap menderhaka.  Dengan sifat angkuh dan sombongnya itu menyebabkan ia dibenci oleh semua makhluk manusia. Di riwayatkan juga, apabila telah kiamat kelak, penghuni yang berhak ke syurga akan berduyun-duyun masuk syurga.  Manakala Neraka tetap dengan penduduknya yang menderhaka kepada Allah, yang kufur dan yang melakukan berbagai-bagai kesalahan lagi.

Setelah genap 100,000 tahun sekali, Allah akan menyuruh supaya iblis di keluarkan daripada Neraka, dan Nabi Adam dari Syurga.  Lalu Allah pun menyuruh iblis sujud kepada Adam namun dengan sifat semulajadinya, iblis tetap enggan sujud kepada Nabi Adam.  Kemudian di masukkanlah semula iblis ke dalam Neraka, dan Nabi Adam ke dalam Syurga.  Oleh itu dengan tegasnya Allah telah menyatakan bahawa, iblis itu adalah musuh kepada manusia.  Kisah ini telah di nukil dari Kitab Badalu 2 Zuhur. 

Kembali kita semula mengikut kejadian kiamat tadi.  Setelah bumi menjadi kosong, dan telah bertukar wajah , kini hanya menunggu peristiwa yang akan terjadi berikutnya.  Allah telah menerangkan, bahawa Adam serta anak cucunya akan mendiami bumi secara berganti-ganti sehinggalah sampai datangnya kiamat.  Kini janji Allah telah ditepati, memang Allah sendiri yang merencanakan "Sesugguh Allah itu Maha Pembuat dengan apa saja Ia kehendaki".

Firman Allah:

"Siapakah yang memiliki kekuasaan pada hari ini?  Allahlah yang memilikinya dialah yang Agung, dan Perkasa."

 

 

 

 (petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)