S |
esudah dunia berubah wajah, berupa
padang datar dengan keluasannya tidak dapat di bayangkan. Bumi kelihatan putih keabu-abuan Ialu turun
hujan kental berupa air mani, meresap ke dalam bumi dan menumbuhkan tubuh-tubuh
manusia yang baru. Di mana sebelumnya
telah hancur menjadi tanah. Kemudian Malaikat Israfid meniup sangkalanya,
sambil berseru
"Hai
sekalian arwah yang telah keluar, tulang-tulang yang telah hancur, tubuh-tubuh
yang musnah, urat-urat yang telah putus, kulit-kulit yang telah punah,
bulu-bulu yang telah gugur kembalilah kamu ketempat asalmu, untuk menerima
pembalasan".
Dalam pada itu
Allah telah memerintahkan Malaikat Ridzuan supaya menghiasi Syurga dengan
seindah-indahnya. Malaikat juga diseru
supaya menyediakan sepasang pakaian kebesaran buat Nabi Muahmmad s.a.w. dan
juga untuk para-para- khalifah dan Nabi-Nabi. Kemudian Malaikat Jibril, Mikail,
Israfil, dan lzrail turun menuju ke bumi, mereka kehairanan dan takjub apabila
melihat yang wajah bumi telah bertukar corak.
Putih berseri disinari cahaya matahari.
Matahari ketika itu telah rendah.
Jaraknya cuma satu jengkal dari atas kepala manusia. Destinasi mereka adalah untuk mencari makam
Nabi Muhamrnad s.a.w., tetapi mereka langsung tidak mengenali di mana letaknya
makam baginda. Kerana keadaan bumi yang
sama-sekali rata. Kini mereka tidak
tahu di mana letaknya Mekah, Madinah dan sebagainya.
Lantas mereka
pun bermohon kepada Allah agar ditunjukkan di mana letaknya makam Nabi
Muhammad. Mereka pun terbang
mengeliling dunia untuk mencari makam Nabi Muhammad. Dengan kehendak Allah, mereka terpandang suatu cahaya bersinar
serta memancar dari dalam bumi. Lalu
mereka pun menuju ke arah cahaya tersebut, "Itulah dia makam Nabi Muhammad
s.a.w."
Mereka pun
berhenti di situ, kemudian terbelahlah tanah tempat keluarnya cahaya itu. Ternampaklah oleh mereka akan sekujur tubuh
terbaring seperti orang tidur. Jibril
menatap tubuh itu, kenallah ia bahawa tubuh itu adalah tubuh sahabatnya yang
sering menerima wahyu dulu. Tubuh itu
kelihatan cantik berseri seperti seorang pemuda yang berusia 25 tahun.
Kata Jibril,
"Israfil
cuba engkau panggil namanya."
Israfil
berkata,
"Adalah lebih
baik engkau yang memanggilnya kerana beliau adalah sahabatmu."
Kata Jibril
lagi,
" Aku
berasa malu untuk membangunkannya, cuba engkau pula Mikail."
Lantas Mikail pun memberi salam,
"Assalamualaikum
ya Muhammad."
Tetapi salamnya tidak dibalas. Kemudian Jibrail pula memberi salam namun
salamnya juga tidak dijawab, begitu juga dengan salam Israfil tidak juga
dijawab.
Akhirnya Izrail pula memberi salam,
"Assalamualaikum
hai jiwa yang suci dan tubuh yang bersih, bangunlah engkau dengan izin
Allah".
Kemudian
mereka ternampak tubuh itu mengeliat dan membuka seolah-olah seperti orang baru
bangun dari tidur. Nabi kehairanan apabila melihat empat susuk tubuh berdiri di
sebelah hadapannya, akan tetapi Nabi mengenali mereka semua. Nabi berasa malu kerana dirinya tiada
dibaluti oleh seurat benang pun. Nabi Muhammad adalah kekasih Allah, ini
ternyata apabila beliau merupakan manusia pertama yang dibangkitkan dari
umat-umat lain. Keempat-empat Malaikat
yang itu datang adalah bertujuan untuk menjemput dan menyambut
kehadirannya. Beliau telah disediakan
dengan pakaian kebesaran yang indah serta mahkota kebesaran.
Kemudian Nabi
pun memakai pakaian itu, setelah selesai berpakaian Nabi bertanya Jibril:
Jawab Jibril:
"Inilah
hari kiamat".
Tanya Nabi
lagi:
"Cuba
engkau terangkan apakah peristiwa yang telah berlaku."
Jibril
menjawab:
"Hari ini
Ridwan diperintahkan menghiasi syurga dan Malik telah di perintah menyalakan
api neraka".
Kata Nabi:
"Bukan
itu maksudku, aku ingin tahu di manakah umat-umatku dan bagaimanakah keadaan
mereka."
"Demi
Tuhan dengan kebesarannya, tidak satupun dari makhluk Allah yang dihidupkan
terlebih dahulu kecuali engkau" kata Jibrail.
"Jikalau
begitulah katamu senanglah hatiku dan teranglah mataku" kata Nabi.
Dari ungkapan
baginda di atas jelaslah kepada kita betapa kasih dan sayangnya baginda kepada
umatnya. Ini terbukti apabila beliau di
bangunkan dari kubur di mana beliau tidak bertanya di mana isterinya Aisyah,
anak perempuannya Fatimah serta cucu-cucunya.
Ini membuktikan betapa beliau memikirkan nasib umatnya.
Allah juga telah menjanjikan syafaat
dan pengampunan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w. Ini bererti Nabi Muhammad
akan memberikan syafaat kepada umatnya.
Tetapi syafaat tersebut bukanlah untuk sembarangan orang. Syafaat hanyalah untuk orang-orang yang
beramal soleh. Syafaat tersebut tidak
akan di berikan kepada penzina, perasuah, pemabuk, pembunuh dan lain-lain
perkara yang tidak diredhai.
Hadis Qudsi
berbunyi:
"Kalau
tidak kerana mu Muhammad Aku tidak akan cipta semua langit".
"Kalau
tidak keranamu Muhammad Aku tidak akan jadikan dunia dan segala isinya".
"Aku
jadikan sesuatu kerana Engkau dan Aku jadikan Engkau kerana Aku".
Betapa beruntungnya
kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. di mana kita mendapat kemuliaan yang
tinggi disisi Aflah s.w.t. Ini berbeza sekali dengan umat sebelumnya. Perhatikan umat-umat dahulu sebelum Nabi
Muhammad, sekiranya mereka melakukan kejahatan maka dicatat sekali dosa. Jika mereka melakukan amal kebajikan maka
dicatat satu pahala Umat Nabi Muhanunad pula kalau melakukan satu kejahatan
maka ditulis satu dosa tetapi sekiranya melakukan satu kebajikan nescaya akan ditulis
sepuluh pahala.
Begitulah
istimewanya kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. Ini adalah kerana ketinggian
martabat Nabi di sisi Allah.
(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang
Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)