Text Box: Gambaran Dipadang Masyhar
 

 

 


               Dari Anas bin Malik, Nabi Muhammad bersabda:

"Bila terjadinya kiamat, bangunlah manusia dari kubur masing-masing tak tentu arah.  Mereka keluar berduyun-duyun mendatangi kumpulan lain untuk bertanyakan sesuatu.  Setelah bermuafakat mereka pun bangun mencari makam Nabi Adam untuk mencari penyelesaian, kerana mereka telah jemu dan bosan.  Siang dan malam berkeadaan begitu, terus menerus menanggung penderitaan tanpa makan dan minum.  Kehausan dan kelaparan tak terkata.  Meski pun tiada makan dan minum namun keadaan tubuh mereka tiada perubahan, ini kerana tubuh mereka adalah berlainan dari yang sebelumnya meskipun mereka tidak makln dan minum bertahun-tahun lamanya.  Cuma kelaparan dan kehausan saja yang menyengat perut.  Otot-otot dan tulang-tulang tidak lemah meskipun tidak makan.

Apabila malam kedinginannya menusuk ke tulang kerana semuanya tiada berpakaian.  Manakala siangnya pula panas yang amat luar biasa kulit bagaikan akan hangus dijamah oleh sinaran matahari, sedangkan di dunia dahulu matahari tinggi di langit sudah terasa akan bahangnya inikan pula dekat di kepala”.

               Firman Allah:

"Apakah bukan Dia yang menciptakan beberapa langit dan bumi, tiada kuasa akan menciptakan makhluk seperti itu.  Sudah tentu kuasa dan Dialah Maha Pencipta dan Maha mengetahui. Sesunggguhnya segala perkara yang menjadi urusanannya apabila ia mahu meniadikan sesuatu cukup saja diucapkan dengan "kun" maka jadilah. Maha Suci Dia yang memegang seluruh kerajaan atau kekuasaan dan kembali padanya segala urusan”.

 

Begitulah keadaannya nanti apabila datangnya kiamat.  Dimasa itu tiada lagi yang akan memikirkan soal dunia, hilang segala keseronokan, segala harta melimpah, tamatlah sudah sandiwara dunia.  Punah-ranahlah segala kekuasaan manusia, hancur lebur segala kemewahan.  Kini tinggallah bayangan yang tak kunjung tiba, bagaikan orang mengelamun teringatkan impiannya.Tetapi waktu itu bukannya lagi impian tapi kenyataan.  Dulunya tidak mempercayai adanya kehidupan selepas kematian, tidak mempercayai adanya kiamat, kini barulah timbul kesedaran.  Barulah mahu bertaubat, insaf, menyesal setelah melihat sudah berlainan, bumi sudah bertukar wajah.  Dilihatnya semua orang termasuk dirinya bertelanjang bulat.  Tiada lagi perasaan malu apabila kemaluannya dilihat orang. Kesemuanya berjalan kesana-kemari tanpa seurat benang.  Malu tidak menjadi soal, kerana kini semuanya sama-sama bogel.

Sama-sama merasai kelaparan dan kehausan, samasama menunggu keputusan dari Tuhan.  Ke manalah destinasi mereka seterusnya ke Neraka atau ke Syurga. Teringatlah mereka akan nenek moyang mereka Nabi Adam a.s. berduyun-duyunlah mereka mencari Nabi Adam.  Kemungkinan Nabi Adam dapat memberi syafaat kepada mereka.  Waktu itu bagi mereka yang tidak mempercayai adanya kiamat, serta orang kafir dan kufur tercengang-cengang di dalam kebingungan.  Orang-orang kafir tinggal di dalam kekecewaan dan penyesalan.

Setelah mereka berjumpa Nabi Adam, lalu mereka semua mohon syafaat dari Nabi Adam, kerana mereka tidak sanggup lagi menderita berterusan begitu.  Mereka bermohon agar mereka cepat di perhitungkan.

Lalu Nabi Adam pun menjawab:

"Jangan kamu semua risau, sesungguhnya aku berasa malu untuk memohon apa-apa dari Allah, kerana aku dahulu pernah membuat kesalahan ketika di Syurga.  Cubalah kamu berjumpa Nabi Nuh a.s."

 

Kemudian mereka beramai-ramai pergi berjumpa Nabi Nuh a.s. lantas Nabi Nuh a.s. pun tidak dapat berbuat apa-apa kata Nabi Nuh a.s.

"Aku tidak dapat memenuhi maksud kamu semua.  Malu aku memohon sesuatu kehadrat,llahi, kerana aku berasa berbuat dosa terhadap Allah.  Pergilah kamu semua kepada Nabi Ibrahim a.s., kerana beliau adalah seorang Nabi bergelar 'KhalilluHah'.

 

Berduyunlah mereka mencari Nabi Ibrahim a.s. Setelah bertemu, Nabi Ibrahim a.s. pula berkata:-

"Aku tidak berhak seperti apa yang kamu semua sangkakan.  Aku malu untuk bermohon apa-apa, pergilah kamu semua kepada Nabi Musa a.s. agar permintaan mu dapat ditunaikan olehnya”.

 

Maka berduyunlah mercka kembali mencari Nabi Musa a.s., tak dapat nak digambarkan betapa sukarnya untuk mencari Nabi-Nabi tersebut.  Kerana manusia di Padang Mahsyar begitu ramai, semuanya dikumpulkan sejak dari umat Nabi Adam a.s. sehinggalah umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akhir.  Masing-masing mencari Nabi pimpinan mereka. Kita sebagai umat Nabi Muhammad begitu beruntung, kerana kita tidak perlu mencari Nabi-Nabi lain untuk mendapatkan syafaat seperti umat-umat sebelum Nabi Muhammad.

Diceritakan juga, sebab-sebab berlakunya mereka mencari Nabi untuk mendapatkan syafaat, adalah disebabkan oleh dorongan lapar dan dahaga.  Penderitaan tersebut bukanlah sehari, sebulan tetapi bertahun.  Malah di dunia ini kalau kita tak makan 1 hari pun seolah-olah nak mati, inikan pula bertahun-tahun. Akhirnya setelah kesemua Nabi tidak dapat memberikan syafaat mereka, Ialu mereka pun pergi mencari. Nabi Muhammad s.a.w. untuk memohon akan syafaatnya.

Setelah bertemu, Nabi Muhammad s.a.w. pun sujud ke hadrat Allah s.w.t. memohon supaya disegerakan penghisaban tersebut.  Atas pemohonan Nabi Muhammad s.a.w., kemudian Allah menyuruh para Malaikat turun ke Padang Mahsyar untuk memulakan tugas-tugas mereka.  Antara tugas mereka ialah mengatur manusia supaya berkumpul menjadi satu jemaah. Dimana umat Nabi Adam berbaris bersama Nabi Adam, Nabi Idris bersama umat Nabi- Idris.  Sehinggalah kepada Nabi terakhir, iaitu Nabi Muhammad bersama umat-umat Nabi Muhammad. 

Tentulah tidak sedikit jumlah Malaikat yang mengawal dan menjalankan tugas tersebut. Maka pada hari itu adalah hari keagongan kepada Nabi-Nabi.  Umat siapakah yang paling ramai jumlahnya yang masuk ke Syurga, dan umat Nabi manakah pula yang paling ramai memasuki Neraka.

 

(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)