Text Box: Berbagai Rupa Manusia Bangkit Dari Kubur
 

 

 


S

aat bin Jabal r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kebangkitan manusia dari kubur di hari Kiamat.  Mendengarkan pertanyaan tersebut, baginda menangis kesedihan, mengenangkan umatnya. Lalu baginda pun menerangkan, bahawa di Padang Mahsyar kelak umat Islam terbahagi kepada dua belas golongan:-

 

Golongan Pertama:

Manusia dibangkitkan dari kubur berupa orang tidak berkaki dan tiada bertangan.  Sebabnya ialah kerana kesemua mereka ini ke dalam Neraka jahanam.

 

Golongan Kedua:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar berupa seekor babi.  Sebabnya mereka mempermudahkan sembahyang (tiada mengambil berat tentang masaalah sembahyang dan tidak menunaikan janji-janji yang dilafaskan di dalam sembahyang)

Firman Allah:

“Maka celakalah bagi orang yang tidak sembahyang iaitu orang yang lari dari sembahyang" Maka Nerakalah tempatnya.”

(Dalam surah A 1-Maun ayat 4 dan 5)

 

Golongan Ketiga:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar dengan perut yang buncit macam bukit di dalamnya penuh dengan ular-ular dan kala.  Besarnya ular dan kala itu ialah sebesar Kaldai.  Ini adalah di sebabkan semasa hayatnya di dunia mereka tidak mengeluarkan zakat.  Neraka jahanamlah tempatnya.

 

Golongan Keempat:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar, di mana mulut mengeluarkan darah.  Sebabnya ialah kerana menipu di dalam hal jual beli.  Neraka Jahanamlah tempatnya.

 

Golongan Kelima:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar dengan badanya bengkak-bengkak serta berbau busuk ledih daripada bangkai. Sebabnya mereka ini menyembunyikan kejahatan kerana takut pada manusia yang lebih berkuasa. Sedangkan Allah lebih berkuasa. Nerakalah tempatnya.

 

Golongan keenam:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar berkeadaan halkum mereka terpotong. Sebabnya ialah semasa hayatnya di dunia mereka suka berdusta dan bersumpah palsu. Nmerakalah tempatnya.

 

Golongan Ketujuh:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar dengan ketiadaan lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah-muntah. Sebabnya ialah kerana mencegah orang dari menjadi saksi yang hak. Nerakalah tempat mereka.

 

Golongan Kelapan:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar berkeadaan tunduk, kaki ke atas manakala kepala ke bawah. Kemaluannya ditusuknya besi panas sehoinggan keluar nanah. Ini adalah kerana mereka telah melakukan perbuatan zina. Nerakalah baginya.

 

Golongan Kesembilan:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar dengan keadaan mukanya hitam, matanya biru dan perutnya penuh dengan api. Ini adalah disebabkan semasa di dunia mereka memakan harta anak yatim. Nerekalah seelok-eloknya baginya.

 

Golongan Kesepuluh:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar dengan badannya penuh dengan sopak dan kurap. Sebabnya ialah kerana menderhaka kepada kedua ibubapanya. Nerakalah tempatnya.

 

Golongan Kesebelas

            Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke Padang Mashyar berkeadaan hatinya buta dan matanya serta giginya seperti tanduk lembu jantan dan bibirnya melebihi paras dada dan lidahnya terjulur hingga ke perut. Dari mulut keluar benda-benda kotor. mereka ini semasa hayatnya meminum arak. Nerakalah juga bagi golongan ini.

 

Golongan Keduabelas

            Manusia yang dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mashyar berkeadaan muka mereka berseri-seri bagaikan bulan purnama, lalu melintas Titi Siratalmustaqim pantas serti kilat.

           

Ini adalah kerana semasa hayatnya mereka mantaat segala perintah Allah dan mengerjakan sembayang (lahir dan batin) serta matinya dalam keadaan bertaubat. Maka syurga lalu temapatnya serta mendapat keampunan Allah s.w.t

 

 

(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)