Text Box: Tanda-tanda Kemunculan Iman Mahadi
 

 

 


M

enurut Sheikh Ibnu Hajar dalam "Skana'iq", ia berkata bahawa Imam Mahadi pasti menjelma bila tiba waktunya sebelum turunya Nabi Isa a.s. Ciri-ciri istimewa kedatangan Imam Mahadi ialah, akan berlakunya gerhana matahari sebanyak dua kali. Gerhana pertama akan terjadi pada 1 Ramadan, dan gerhana bulan pada 14 Ramadan.  Meskipun gerhana selalu terjadi tetapi ianya tidak menepati pada tarikh akan datangnya Imam Mahadi.  Ulama sepakat menyatakan, riwayat Muslim, Abu Dawud, Annasa-i, Ibnu Majah dan Imam Albaihaqi bahawa Imam Mahadi adalah keturunan Siti Fatimah anak perempuan kepada Rasulullah s.a.w.

Kasyful Ghaibiyah Sheikh Zainul Abidin Alfatoni pula menceritakan, Imam Mahadi akan berjuang dan berjaya menewaskan orang-orang Israel.  Kemudian beliau berangkat pula menuju ke Eropah.  Lantaran barat masih tidak mahu beriman kepada Tuhan, dan beliau mengetuai angkatan perangnya ke Eropah menerusi Rom. Dalam pada itu pihak barat telah mengetahui yang angkatan perang Imam Mahadi akan menyerang, maka mereka telah bersiap sedia untuk bertindak balas.  Apabila angkatan perang Imam Mahadi sampai kedataran Eropah, pihak barat pun mula menyerang terhadap tentera pimpinan Imam Mahadi.  Tentera Islam terus mara ke dalam kota sambil mengucapkan Allahuakbar.

Pekikan Allahuakbar bergema di angkasa, timbullah rasa takut di hati musuh apabila mendengarkan pekikan itu bagaikan petir menyambar telinga.  Semangat tentera muslimin semakin membara keberanian semakin menjelma, tetapi sebaliknya musuh semakin kecut. Tentera muslimin terus mara tanpa menghiraukan tembakan musuh.  Pertahanan musuh tumbang satu demi satu.  Akhirnya satu persatu kota dapat ditawan oleh tentera muslimin.

Selepas itu Imam Mahadi berseru: Saudara-saudara penduduk kota sekalian, kedatangan kami bukan untuk merampas kekuasaan.  Kami kemari adalah untuk perdamaian.  Kami datang atas nama Tuhan Yang Maha Esa.  Kami mengajak anda sekalian bersatu dalam agama yang sama, yang mana Nabinya disebut di dalam kitab Taurat dan Injil.

Setelah selesai ucapan tersebut, Imam Mahadi mengadakan rundingan dengan pembesar-pembesar negeri dan memberitahu tujuan mereka.  Setelah mencapai persetujuan Imam Mahadi berkunjung ke setiap kota memberi penerangan tentang Islam serta memberi penjelasan bahawa agama Islam tidak bertentangan dengan ajaran Taurat dan Injil di mana ianya sama-sama diturunkan oleh Allah s.w.t. Di mana A]-Quran itu adalah sebagai penyempurnaan Taurat dan Injil. Setelah masing-masing faham dengan penerangan yang di taklimatkan oleh Imam Mahadi maka berduyun-duyunlah penduduk barat memeluk agama Islam.

 

 

 

 (petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)