Text Box: Allah Maha Pengampun
 

 

 


Manusia yang menduduki bumi ini tidak luput dari melakukan dosa sama ada besar mahupun kecil. Sejak zaman Nabi Adam a.s hinggalah ke abad ke-15 Hijrah ini manusia terus melakukan dosa besar dan kecil yang dilakukan tanpa disedari. Namun sebanyak mana dosa seorang manusia, ruang raubat dan pengampunan masih terbuka untuknya. Setiap dosa sama ada besar mahupun kecil kecuali syirik akan diampun oleh Allah s.w.t sekiranya ia bertaubat dengan taubat nasuha. Sekiranya amalan taubat itu tidak dilakukan, ia tetap berdoasa dan bersalah. Ulama-ulama berpendapat setiap orang yang melakukan dosa ia mesti nbertaubat dengan taubat nasuha.

            Sebail-bail orang yang membuat salah iala orang yang mengaku dirinya bersalah, lalu bertaubat dengan sesungguhnya dari kesalahan yang dilakukannya. Rasulullah s.aw bersabda,

“semua anak Adam membuat salah dan sebaik-baik yang membuat salah ialah oaring bertaubat dari kesalahannya.”

            Seseorang manusia walaupun bagaimana jahatnya, apabila meminta ampun dan taubat, Allah akan memberi maaf dan ampunan jika dikehendakinya. Setiap dosa diampunkan oleh Allah s.w.t. kecuali dosa syirik dan menyekutukannya. Oitulah satu-satunya dosa besar yang tidak akan mendapat pengampunan dari Allah. Betapa luasnya sifat pengampun dan pemaaf Allah s.w.t pencipta alam yang luas terbentang ini tergambar dalam beberapa nama Allah iaitu al-Ghaffuur, al-Halim dan beberapa yang lain yang bererti Maha Pengampun dan Maha Pengantun.

            Allah s.w.t amat suka memberi ampun atau maaf. Seseorang manusia walau bagaimana jahat dan besar dosanya, apabila meminta ampun dan bertaubat dariNya, Allah akan memberi ampun jika dikehendakiNya. Allah sangat suka kepada orag-orang yang meminta ampun dan taubat. Gambaran jelas tetang betapa pengampunannya Allah s.w.t ini tercamtun dalam sebuah hadi qursi yang bermaksud:-

“daripada Annas radhiallahu-anhu berkata: saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: telah berfirman Allah Taala: Wahai anak Adam! Setiap kali kau memohon ampun dan mengharap kepadaKu, aku tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wajhai anak Adam! Andaikata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun ke[adaKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam!

            Anadikata engkau datang kepadaKu dengan dosa sepenuhbumi, kemudian engkau menemuiKu, sedang engkau tidak mengekutukan Aku dengan sesuatu apa-apa pun, nescaya Kaku akan datang kepadaMu dengan ampunan sepenuh bumi pula” (Diriwayatkan oleh Imam Termizi, seraya berkata: hadis ini hasan dan sahih).

 

 

(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)