- Jangan Menyekutukan
Allah
- Menyekutukan Allah
merupakan dosa paling besar yang tidak mendapat keampunan daripada Allah
s.w.t. kita hendaklah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t saja
kerana Dialah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu di dunia dan di
akhirat
- Berbuat baik Kepada
Kedua Ibu Bapa
- Pergorbanan ibu
bapa terhadap anak-anak terlalu banyak. Oleh itu, sebagai anak hendaklah
berusaha menjadi anak yang disegani dan sentiasa mendoakan mereka:” Wahai
Tuhanku, kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka telah mendidikku
sewaktu aku kecil”.
- Sedar Akan Pengawasan
Allah
- Allah nampak setiap
perkara yang berlaku walaupun sekecil atau sehalus mana sekalipun. Ingatlah
bahawa setiap perbuatan akan didedahkan di Akhirat kelak. Allah mengetahui
segala-galanya kerana tidak ada amal perbuatan manusia yang terlepas dari
pengawasan Allah.
- Mendirikan Solat
- Setiap mukalaf
wajib mendirikan solat dengan sempurna yakni dengan khusyuk kerana ia
akan dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan kemungkaran. Inilah golongan
orang-orang yang beruntung dan berjaya di dunia dan di akhirat.
- Menyeru Berbuat
Kebaikan
- Tidak ada yang
lebih mulia selain daripada mengajak manusia kepada kebaikan. Jangan bertangguh-tangguh
untuk berbuat kebaikan. Dengan ini, sepanjang hayat kita akan terisi dengan
kebaikan semata-mata.
- Mencegah Kemungkaran
- Kita hendaklah
berani mencegah kemungkaran. Orang yang tidak mencegah kemungkaran
merupakan orang tidak ada harga diri dan akan mendapat kutukan daripada
Allah lantaran sikap mereka itu.
- Sabar Menghadapi
Ujian Hidup
- Kita wajb bersabar
terhadap hal-hal yang menimpa kita. Itu adalah tanda seseorang itu
mempunyai keimanan yang kuat. Kunci kemenangan terhadap segala tentangan
dan rintangan adalah sabar.
- Tidak Berlagak
Sombong
- Sifat sombong hanya
bagi Allah tetapi tidak bagi manusia. Oleh itu, Allah amat murka pada
orang yang menyombong diri. Seseorang yang sombong akan hilang harga
dirinya dan akan rendah martabatnya.
- Ingatlah Bahawa Manusia
Itu Akan Mati
- Orang yang cerdik
ialah orang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuknya. Kita hendaklah
sentiasa menghisab diri dan bersegera bertaubat apabila melakukan dosa
kerana mati itu akan datang bila-bila masa saja.
- Rendahkanlah Suaramu.
- Apabila bersuara
jangan meninggikan suara. Jangan sampai ada orang yang merasa terganggu
dengan suara kita. Berbicaralah dengan suara yang sedap didengar dan
dengan suasana yang tenang.