Text Box: Mengenal Tabiat Anda
 

 

 


Limau Oh Limau

 

Bagaimana cara anda mengupas dan makan limau? Ada baiknya kita sama-sama perhatikan kerana ia juga boleh menggambarkan peribadi anda.

Mengupas kulit limau dengan meninggalkan separuh bahagian tidak dikupas adalah tabiat orang yang suka berjimat. Atau mungkin menandakan dia sentiasa ingat kepada orang lain yang tidak ada bersama.

Ada orang mengambil masa yang terlalu lama untuk mengupas kulit limau. Orang ini ‘slow and steady’ ataupun terlalu berhati-hati dan susah untuk membuat keputusan sendiri.

Makan limau seulas demi seulas adalah tabiat orang berjiwa sentimental. Tetapi makan 3-4 ulas sekaligus adalah tabiat orang berjiwa ‘rock and roll’. Sentiasa nak cepat habiskan sesuatu. Dengan istilah lain gopoh buat kerja. Kerjanya cepat tapi selalu tak selesai. Kalau selesaipun selalu tak sempurna. Kalau sempurnapun setelah mengambil masa yang lama melalui ‘try and error’. Rasulullah bersabda bahawa berterang-terang itu daripada Allah dan bergopoh-gapah itu daripada syaitan.

 

 

Bagaimana cara anda minum.

 

Anda dapat menilai peribadi anda sendiri dengan melihat cara anda minum. Minum seteguk demi seteguk membayangkan peribadi anda yang kemas dan teratur.

Minum 3-4 teguk sekaligus membayangkan peribadi yang gopoh-gapah atau tidak sabar. Dan tidak menghiraukan soal kesihatan kerana cara ini boleh merosakkan fungsi jantung yang menyebabkan penyakit jantung.

Minum sambil bernafas dalam gelas menandakan perangai kebudak-budakan kerana kanak-kanak paling gemar minum cara itu. Ia boleh beri kesan buruk pada kesihatan sebab itu adalah larangan dalam Islam (makruh) yakni bernafas dalam gelas minuman.

Minum sambil berjalan atau berlari membayangkan cita-cita yang tidak kesampaian untuk menjadi atlit. Kesan buruknya pada kesihatan juga ada iaitu boleh menyebabkan kerosakan pada fungsi jantung.