Text Box: Janji Yang Dinodai
 

 

 


S

ekian banyak janji yang diucapkan, namun tidak semua yang ditunaikan. Tidak kurang juga manusia yang merana akibat janji-janji yang dimungkiri. Namun manusia terus membuat janji, bukan sahaja sesama manusia malah terhadap Allah pun manusia berjanji. Ada janji yang membawa bahagia dan ada janji yang membawa bahagia dan ada janji yang membawa merana dan petaka. Berbahagialah bila janji tertunai dan segala hasrat tercapai. Janji ialah pengakuan seseorang terhadap pihak lain.  Bila ia diucapkan maka Allah s.w.t menjadi saksi kepada ikrar itu. Dengan sendirinya ia manjadi kefarduan untuk melaksanakan. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Maidah ayat 1 yang bermaksud:-

“wahai orang-orang yang beriman taatilah janji”

 

            Allah telah mengaitkan janji ini dengan orang yang beriman. Ertinya menunaikan janji adalah sesuatu kewajipan bagi orang yang beriman. Sebaliknya dengan memungkiri janji boleh merosakkan iman. Petaka besar bagi pemungkir janji dengan ancaman azab neraka yang pedih kerana ia di gelar munafik disisi Allah s.w.t seperti yang dijelaskan dalam surah an-Nisa ayat 138 yang bermaksud:-

“khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat azab siksaan yang pedih”

 

Rasulullah s.a.w menyebut hal janji yang dimungkiri dalam sabda Baginda yang bermaksud:-

“tiga perkara, barang siapa yang berada di dalamnya maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku seorang muslim, iaitu bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri, bila menerima amanah ia khianat”

 

            Seseorang harus menyedari betapa sulitnya melaksanakan janji ternyata ia tidak semudah ketika melafazkannya. Oleh yang demikian sebelum berjanji harus dikaji dan difikirkan, mampukah untuk menepati janji-janji yang dilafazkan. Harus difahami benar-benar bahawa apabila janji diucapkan kita akan terdedah kepada dua perkara:-

 

            Hanya keuzuran yang tiba-tiba tanpa diduga sahaja yang boleh dijadikan alasan untuk tidak dapat menepati janji-janji yang dibuat. Ada orang yang menggunakan lafaz InsyaAllah sedangkan dihati kecilnya telah berputik hasrat untuk tidak menunaikan janjinya. Pada sangkaannya bila lafaz InsyaAllah itu digunakan tidaklah menjadi satu kesalahan bila janji tidak ditunaikan. Sesungguhnya mereka telah menjangka untuk tidak menunaikan janji itu sudah ada. Dikalangan remaja pula diucapkan tanpa rasa tanggungjawab dan adakalanya tidak boleh diterima akal. Ia diluahkan lebih banyak didorang emosi remaja. Oleh itu tidak hairan ramai remaja yang merana kerana menjadi mangsa pengkhianatan janji. Sesungguhnya mungkir janji adalah suatu yang diharamkan oleh Islam.

            Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. menjanjikan seorang khadam kepada Abdul Haitsam. Suatu ketika telah dibawakan kepadanya tiga orang tawanan (hamba sahaya). Dua darinya telah diberikan kepada orang lain. Ketika itu datang puterinya Fatimah namun dalam hal janji itu, Rasulullah s.a.w tetap mengutamakan Haitsam kerana kepadanya telah dijanjikan terlebih awal sebelum Fatimah datang meminta khadam tersebut. Jelaslah sekali bahawa janji adalah perkara yang besar di sisi Islam. Diceritakan dari Abdullah b. Abul-Khansa’ katanya saya pernah mengikat janji dengan Rasulullah s.a.w sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul. Ada barang yang saya janjikan kepadanya akan saya bawa ke tempat jauh yang telah dipersetujui tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan hari berikutnya. Maka saya mendatanginya pada hari ketiga dan saya dapati Baginda masih menunggu di tempatnya. Bila sampai Baginda pun berkata “wahai pemuda! Engkau telah menyakitiku dengan janjimu sebab saya berada di sini menunggu sejak tiga hari yang lalu”. Itulah sifat manusia, bila berjanji mudah dinodai. Waspadalah terhadap kemungkiran buruk di sebalik janji. Lebih selamat jika seseorang tidak terlalu mudah berjanji.