Text Box: Kemunculan Dajjal
 

 

 


D

iriwayatkan, setelah selesai perjuangan Imam Mahdi mengembangkan agama Islam di benua Eropah, tiba-tiba beliau mendapat berita yang Baitul Muqqadis telah berlaku huru-hara yang besar. Kekacauan melanda kota yang telah dilakukan oleh petualang besar yang bernama dajjal.

            Penduduk kota Baitul Muqqadis menjadi kacau-bilau. Tentera Dajjal terus membunuh rakyat yang tidak berdosa. Sementera itu tentera muslimin terus membalas serangan tetapi kerana tentera Dajjal lebih ramai maka tewaslah tentara muslimin di tangan Dajjal.

Iman Mahadi terlalu marah semasa mendapat berita bahawa Dajjal telah membuat huru-hara di kota Baitul Muqqaddis. Lantas Iman Mahadi meminta izin dari pembesar-pembesar negeri Eropah untuk pulang ke Baitul Muqqadis untuk menghapuskan Dajjal yang telah membunuh orang-orang muslimin.

Keberangkatan Iman Mahadi pulang ke Baitul Muqqadis telah diiringi denga doa oleh pembesar-pembesar Eropah agar Iman Mahadi dan orang-orang muslimin selamat dan beroleh kemenangan.

            Sementara itu di kota Isfahan telah berlaku pula kelaparan yang amat dahsyat kerana hasil tanaman tidak menjadi, lantaran musim kemarau yang panjang. Dajjal juga menghasut rakyat miskin merompak dan merampas harta benda orang kaya.

            Dalam jangka masa yang singkat Dajjal telah berjaya mendapatkan pengikut yang ramai. Pengikutnya dipujuk supaya memberontak terhadap Iman Mahadi dengan jaminan diberi makanan, minuman, dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Maka berlakulah berbagai bentuk maksiat seperti judi, zina, minum arak dan sebagainya kerana dorangan inginkan makanan.

            Gembiralah Dajjal melihatkan kerjanya tidak sia-sia, maka kaum muslimin yang sebelum ini bertaqwa kepada Allah telah mulai menderhaka kepada Allah dan mereka kurang senang dengan agama Islam. Mereka lebih rela menjadi tentra Dajjal asalkan mendpat makanan

            Dalam pada itu terdapat juga umat Islam yang teguh imannya. Tetapi mereka mendapat tekanan zahir dan batin, sekiranya tidak turut kepada perintah Dajjal. Barang siapa yang menurut perintah mereka mendapat makanan dan jaminan. Sebaliknya sesiapa yan menentang mereka akan disiksa di mana mereka akan dibakar hidup-hidup dan dilehernya digergaji.

            Setelah Iman Mahadi berada di Baitul Muqqadis, seketika itu juga beliau mengarahkan angkatan perangnya supaya bersiadia untuk menghadapi musuh-musuh. Bergemalah bumi Baitul Muqqadis dengan pekikan Allahuakhbar. Iman Mahadi terus mara ke tengah barisan musuh. Dalam masa yang singkat barisan musuh dapat dikalahkan dan kedudukan mereka menjadi kucar-kacir. Pramai pihak musuh mengalami luka yang parah bagaimanapun pertempuran terus bergolak kerana pihak terus menerima bantuan. Oleh kerana kegigihan Iman Mahadi dan kaum muslimin maka seketika iru merahlah bui Baitul Muqqadis dibasahi dengan tumpahan darah manusia.

            Begitulah di antara keadaan Iman Mahadi memeranggi Dajjal demi mempertahankan keadilan dan kebenaran

 

 

(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)