Text Box: Pengenalan Terhadap Dajjal
 

 

 


Diceritakan oich Wahab bin Munabih, bahawa tandatanda datangnya Dajjal ialah berlakunya angin taufan, orang meninggalkan amal kebajikan, lebih senang melakukan kejahatan dari kebaikan, minum-minuman keras sewenang-wenangnya, bedudi terang-terangan, pelacuran berleluasa, pembunuhan berlaku dengan banyaknya sehingga pembunuh tidak tahu mengapa dia membunuh.

Nabi Muhamrnad s.a.w. bersabda.

"Dajjal itu tertulis antara dua matanya bermaksud kafir."

Dalam hadis lain pula diriwayatkan bahawa tulisan itu dapat dibaca dan dimengerti oleh semua orang bahawa itu adalah "Dajjal".  Setengah ulama berpendapat bahawa Dajjal itu datang dari Khurasan.  Ada setengah pula mengatakan Dajjal itu datang dari Isfahan dan berketurunan Yahudi.  Wallahuallam.

Pengenalan Dajjal yang paling nyata ialah matanya buta sebelah rnanakala pembantu-pembantunya terdiri daripada golongan sihir.  Dajjal juga mengaku dirinya sebagai Tuhan.  Dajjal serta pembantunya menggunakan ilmu sihir untuk mempengaruhi manusia supaya orang mengakui dirinya sebagai Tuhan. 

Kata Dajjal:-

"Kalau aku hidupkan ibumu yang telah mati, percayakah bahawa aku ini Tuhan?  Cuba ceritakan bagaimana rupanya ibumu itu?  Maka sekejap ini juga aku dapat menghidupkan dan mendatangkan ibumu itu di hadapanmu sekarang juga.  "

 

Begitulah caranya nanti Dajjal mempengaruhi dan menipu umat manusia dengan menggunakan ilmu sihir supaya orang percaya beliau itu adalah Tuhan.  Dajjal telah menggunakan syaitan dan jin kafir untuk menyerupai sesiapa saja sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati sehinggakan jelmaan tadi boleh bercakap seperti orang yang asalnya. Dimasa itu kelak

 

 

(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)