Text Box: Dajjal Dibunuh Oleh Nabi Isa
 

 

 


S

etelah melihatkan tenteranya tewas, Dajjal hairan kerana sebelum ini beliau melihat tentera muslimin tidaklah seramai dan sehebat itu, sehingga menyebabkan tenteranya menjadi cerai-berai.

            Dalam pada itu Nabi Isa terus menyerang tentera Dajjal dan membunuh mereka tanpa memberi ampunan.  Ini disebabkan kerana kebanyakan tentera Dajjal terdiri daripada orang-orang Yahudi, Munafik serta orang yang lemah imannya.

Selepas pertempuran demi pertempuran berlarutan akhirnya Nabi Isa bertemu dan bersemuka dengan Dajjal.  Melihatkan Nabi Isa yang memimpin peperangan itu, gementarlah seluruh anggota tubuh badan. Hilanglah segala semangat dan kekuatan Dajjal apabila melihat wajah Nabi Isa.

            Dengan pedang terhunus di tangan Nabi Isa dekati Dajjal sambil berkata dengan marah: "Hai laknat! Adakah engkau insaf akan perbuatan mu itu?  Kamu manusia dengan ilmu sihir dan memaksa mereka akui dirimu sebagai Tuhan sehingga menjadi kafir. Banyak umat Islam yang tidak berdosa menjadi korban keganasanmu.  Tahukah engkau tiap-tiap yang hak mengalahkan yang palsu.  Dan tiap yang palsu binasa.  Dapatkah engkau mempertahankan engkau dari pedangku ini?  Cukuplah sudah perbuatanmu, perbuatanmu ini harus berakhir dan menghukuman.

            Dajjal bagai dipukau, dia tidak rnenjawab.  Dengan secepat kilat Nabi Isa menikam dada Dajjal di pedangnya hingga menembusi belakangnya.  Di pekikan menahan bisa dan kesakitan, akhirnyalah Dajjal rebah mencium bumi.

            Setelah didengar oleh tentera Dajjal bahawa mereka telah dibunuh maka mereka bertambah panik. Dengan kesempatan yang ada tentera Islam terus membunuh saki-baki tentera Dajjal yang ada.  Mereka terus diburu walaupun ke gunung-gunung. Akhirnya penduduk Baitul Muqqadis kembali aman apabila kesemua tentera Dajjal dihapuskan.

 

 

(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)