Text Box: Nabi Isa a.s
 

 

 


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda akan turunnya Nabi Isa a.s. di mana sabdanya:-

"Demi diriku yang tergenggam didalam kekuasaannya.  Telah pasti akan turun Isa bin Maryam menjadi hakim yang adil.  Akan dihancurkan kayu salib, dibunuhnya babi-babi, dihapuskan pajak-pajak dan harta akan melimpah-limpah.  Sehingga orang tidak mahu menerima sedekah.  Sekali sujud lebih baik daripada dunia dan isinya."

 

Turunnya Nabi Isa seperti yang di jangkakan membawa suatu perubahan pada seluruh alam. Keamanan telah terjamin kerana semua orang telah beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Andaikata kalau keciciran wang jutaan ringgit tidak risaukan sudah pasti wang kita akan dikembalikan. Kerana masing-masing telah mempunyai harta melimpah-ruah.

 

Nabi Isa akan mewujudkan undang-undang Islam. Di mana semua yang haram akan di hapuskan, di bunuh kesemuanya, pajak-memajak dihapuskan, sebaliknya zakat diwajibkan. Dimasa itulah nanti umat manusia akan seaman-amannya kerana keseluruhan umat telah sedar dan betul-betul bertaqwa kepada Firman Allah yang bermaksud:

"Jika betul-betul penduduk negeri negeri bertaqwa, pasti akan karni bukakan atas mereka segala keberkatan dari langit dan bumi."

Firman Allah lagi:

"Andaikata mereka mohon keampunan kepada Tuhan, kemudian bertaubat kepadanya nescaya akan diberikan kehidupan yang baik sampai ajal mereka."

 

Semua ulamak-ulamak bersependapat mengatakan, Nabi Isa bukanlah membawa syariat baru, tetapi hanya membawa syariat Nabi Muhammad s.a.w. Diceritakan juga yang Nabi Isa akan beristeri dan mempunyai anak.  Setelah lebih sepuluh tahun Nabi Isa bersama Imam Mahdi di dunia akhirnya beliau akan wafat.

 

 

 (petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)