Make your own free website on Tripod.com

Text Box: Nabi Isa Menghapuskan Yakjuj dan Makjuj
 

 

 


S

etelah kota Baitul Muqqadis kembali aman, setelah kematian Dajjal dan tenteranya.  Tiba-tiba tersebarlah berita ke pelusuk dunia mengatakan Yakjuj dan Makjuj telah keluar mengganas seperti singa kelaparan.  Segala barang-barang makanan dan ternakan dirampas serta dimakan oleh mereka.  Begitu juga air-air akan kering diminum oleh kesemua makhluk itu.

Kota Baitul Muqqadis kembali bergolak.  Ramai penduduk kota terkorban oleh kekejaman mereka.  Sesiapa yang melawan akan dibunuh dengan cara yang begitu kejam.  Yakjuj dan Makjuj terus menyerang membabi buta sehingga umat manusia hampir berputus asa. Melihatkan keadaan semakin genting, Nabi Isa terus memunaiatkan doa kepada Allah s.w.t. Dengan kehendak Allah, di tengah malam yang sepi ketika tentera Yakjuj dan Makjuj sedang lena, maka Allah menurunkan ular-ular bisa rnenyerang dan mematuk kesemua tentera Yakjuj dan Makjuj.

Di malam yang hening itu terdengarlah jeritan serta raungan kesakitan.  Mereka lari lintang pukang, akan tetapi ular tersebut terus mematuk dengan bisa yang amat kuat. Kini balasan yang setimpal telah diturunkan oleh Allah terhadap bangsa yang keji serta ganas yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan.  Akhirnya rnereka tumpas dengan kehendak Allah.  Setelah kesemua tentera Yakjuj dan Makjuj mati dipatuk oleh ular, maka kota Baitul Muqqadis kembali aman sejahtera seperti sedia kala. Begitulah di antara kejadian yang akan dialami oleh umat manusia di zaman turunnya Yakjuj dan Makjuj itu kelak, sebagai tanda yang kiamat telah harnpir menjelma.                

 

 

 (petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)