Text Box: Hancurnya Ka’abah dan Masjidil Haram
 

 

 


T

idak lama selepas kota Baitul Muqqadis kembali aman dari pergolakan oleh Dajjal serta Yakjuj dan Makjuj.  Kini tersebar pula berita mengatakan tentera Habshi telah datang menyerang untuk meruntuhkan Kaabah.  Penduduk kembali gementar setelah mendengarkan berita tersebut.

Lalu Nabi Isa mengerahkan tentera muslimin supaya bersiap sedia untuk menghadapi tentera Habshi yang telah -tnenghampiri ke kawasan Mekah.  Apabila terlihat saja tentera Habshi memasuki kawasan kota Mekah, maka tentera muslimin pun mula menyerang.  Bergemalah kota Mekah dengan ledakan-ledakan meriam di antara kedua belah pihak.  Kerana kekuatan tentera Habshi adalah di luar dugaan, mereka terus mara dengan bantuan sekutu-sekutunya.Diriwayatkan bahawa dalam pertempuran itu tentera muslimin telah berjaya dikalahkan sehingga mereka berundur ke sempadan Baitul Muqqadis. 

Dalam suasana kehebatan perang itu, tak kala tentera muslimin berundur hingga ke sempadan Baitul Muqqadis mereka ternampak orang sedang mengusung jenazah yang diiringi oleh orang yang begitu ramai.

Setelah diketahui yang diiringi itu alah jenazah Nabi Isa, tentera muslimin terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya akan kewafatan Nabi Isa.  Berdukalah umat Islam setelah mendapat berita sedih itu.  Suasana dunia Islam mulai muram.  Mereka berkabung di atas kewafatan Nabi Isa pemimpin yang dimuliakan.

Apa yang menyedihkan umat Islam ketika itu ialah kewafatan Nabi Isa tidak lama selepas wafatnya Imam Mahadi. Kesedihan terus menusuk jiwa di atas kehilangan kedua pemimpin dan pejuang agama yang disanjung diseluruh dunia.  Tahun itu merupakan tahun mendukacitakan.  Dalam umat Islam di Baitul Muqqadis sedih dengan wafatnya Nabi Isa, tentera muslimin di Mekah terus memberi tentangan yang hebat terhadap tentera Habshi.  Meskipun kedudukan tentera muslimin bertambah meruncing, namun dengan gigih mereka tetap mempertahankan Kaabah walaupun nyawa sendiri terkorban.  Demi Kaabah yang suci mereka tidak berganjak walaupun setapak asalkan Kaabah tidak dinodai.

Tentera Habshi yang begitu ramai serta kelengkapan yang kuat, membuatkan pertahanan tentera muslimin roboh satu persatu.  Akhirnya semua tentera muslimin kecundang di tangan musuh.  Mereka akan berjaya merobohkan Kaabah dan Masjidil Haram serta membuang Hajadratul Aswad ke dalam laut.Maka akan berakhirlah keagongan dan kesucian Kaabah dan Masjidil Haram yang mana menjadi kebanggaan umat Islam sejak dari dahulu dan tinggallah sisa-sisa runtuhan yang memilukan.  Kaabah yang hormati, cuma akan tinggal debu-debu runtuhan yang pasti akan mengguriskan perasaan insan.

 

 

 

(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)