Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
M |
arilah
kita di hari yang penuh keberkatan ini berusaha bersungguh-sungguh kemanan dan
ketakwaan kita kepada Allah s.w.t agar mudah-mudahan insyaAllah kita mampu
melaksanakan titah perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangannya dengan
hidayah daripada Allah s.w.t. Marilah kita menyedari betapa besarnya rahmat
Allah s.w.t yang dikurniakan kepada manusia daripada kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w sebagaimana yang
difirmankan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran:-
"dan tidak Aku utuskan kamu wahai Muhammad
semata-mata untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam".
Sebelum kedatangan Nabi Muhammad, manusia berada
dalam penderitaan dan kezaliman walaupun pada masa itu telah wujud
negara-negara yang dikatakan bertamadun seperti Parsi, Rom, India, dan China.
Di negara tersebut orang kaya menindas golongan miskin, manakala golongan yang
berkuasa memperhambakan rakyat jelata walaupun pada masa itu ada dua agama yang
didakwa berasal daripada rasul-rasul iaitu Nasrani, dan Yahudi. Tetapi
didalamnya penuh dengan penyelewangan.
Ulama' yang benar-benar yang beramal dengann ajaran yang
dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terpaksa mengasingkan diri (ber'uzlah)
kerana keadaan masyarakat yang amat rosakpada ketika itu dan hanya menunggu
saat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w seperti yag dijanjikan oleh Allah s.w.t
melalui kitab-kitab yang terdahulu.
Muslimin,
tuan-tuan yang dirahmati Allah..
Berita tentang kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w telah diwahyukan oleh Allah s.a.w kepada nabi-nabi dan
rasul-rasul yang terdahulu dan seterusnya diceritakan kepada umatnya. FirmanNya
di dalam al-Quran:-
"orang-orang yang
kami berikan kepada mereka kitab-kitab mengenai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana
mereka mengenali anak-anak merekadan sebahagian daripada mereka menyembunyikan
kebenaran sedangkan mereka mengetahuinya".
Nabi Isa a.s sering memberitahu
kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang telah disebut dalam al-Quran:-
"dan ketika Isa
berkata kepada umatnya, wahai Bani Israel sesungguhnya aku adalah rasul yang
diutuskan kepada kamu untuk membenarkan kitab Taurat yang berada di hadapanku
dan memberi khabar seorang Rasul yang akan datang selepasku yang bernama Ahmad
(Muhammad)..."
Muslimin,
tuan-tuan sekelian...
Allah s.w.t telah meletakkan
persiapan yang begitu baik dan rapi
beribu-ribu tahun dahulu untuk melahirkan Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t
telah memilih seorang yang bernama khalilullah (kekasih Allah) iaitu Nabi
Ibrahim a.s. supaya membuka kota Makkah, sebuah lembah yang kering kontang,
tiada tumbuh-tumbuhan dan tidak didiami oleh manusia dan binatang.
Allah s.w.t memerintahkan Nabi
Ibrahim a.s. meletakkan anak dan isteri di Makkah. Dan dari zuriat inilah
lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah s.w.t:-
"Dan
ketika Nabi Ibrahim berdoa, Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini sebuah negeri
yang aman tenteram dan kurniakan kepada penduduk-penduduknya tumbuhan-tumbuhan
dan buah-buahan yang melimpah ruah daripada orang yang beriman dikalangan
mereka kepada Allah dan hari akhirat."
Allah berfiman:-
"dan kepada
sesiapa yang kuffur,maka Aku akan memberi juga kepadanya sedikit di dunia ini,
kemudia pada hari akhirat Aku masukkan mereka kedalam azab Neraka da itulah
seburuk-buruk tempat kembali kepada manusia".
Dan Nabi Ibrahim a.s. berdoa lagi,
"Wahai Tuahnku, utuskan kepada mereka ayat-ayat
Engkau, mengjar kepada mereka kitab dan hikmah dan bersihkan daripada kekotoran
syirik dan dosa-dosa sesungguhnya Engkaulah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Muslimin,
tuan-tuan yang dirahmati Allah s.w.t...
Itulah persiapan untuk menyambut kelahiran
nabi besar Muhammad s.a.w yang apabila Nabi s.a.w memulakan dakwah mengajak
manusia kembali menyembah Allah s.w.t. maka orang-orang yang waras akalnya yang
telah mengetahui segala-galanya dapat menerima Islam dengan mudah tanpa
sebarang termasuklah ulama-ulama Nasrani dan Yahudi yang benar-benar berpegang
kepada ajaran rasul-rasulNya a.s.
Mudah-mudahan pertemuan kita pada
kali ini mampu untuk membezakan mana yang lurus dan mana yang menyesatkan.
Mudah-mudahan ianya menjadi pedoman dan panduan untuk kita mencari hakikat
kebanaran yang diperintahkan oleh Allah s.w.t